Bayangkan memandu sambil mata ditutup selama lima saat. Bagaimana agaknya perasaan kita.

Tetapi hakikatnya ramai yang tidak sedar sebenarnya kita menutup mata lebih lama dari itu apabila kedengaran mesej masuk sahaja, secara automatik jugalah mata mula terarah ke lain. Dengan pantas tangan menyambar, keinginan yang tinggi mahu tahu apakah, gagal ditahan. Jari mula menaip, pandangan mata sudah mula teralih sepenuhnya, fokus otak juga sudah tidak terarah.

Penting atau tidak pesanan yang masuk, mohon abaikan dan setialah memandang ke hadapan. Sabar dengan mesej yang masuk lebih berbaloi dari hilang fokus lima saat di jalan raya. Sedar-sedar kita sudah di laluan bertentangan.

Lebih parah sekiranya ada mata yang memandang dan meniru perbuatan yang tidak berhemah itu. Masih belum mampu menimbang perkara yang betul atau salah. Tanpa sedar ianya tersimpan rapi di minda bawah sedar mereka. Insan pemerhati unik ini pastilah anak-anak kita yang merdeka jiwanya.

Risiko apakah yang bakal ditanggung sekiranya situasi ini benar-benar terjadi?

Alasan “dah lama dah ada lesen” atau sudah cekap memandu tidak melayakkan sesiapa juga untuk menggadaikan nyawa sendiri, apatah lagi insan lain. Pilihlah cara yang paling selamat, sentiasa pastikan ketika memandu telefon bimbit berada di tempat yang sepatutnya.

Sayangi diri, keluarga dan insan lain.

Like The Vocket di Facebook

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group