Setiap kali terdapat berita mengenai kegagalan mahasiswa untuk membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pastinya Apple iPhone antara yang disalahkan oleh beberapa pihak.

Kini dalam usaha untuk memberi motivasi dan mengajak mahasiswa untuk melangsaikan hutang, PTPTN telah melancarkan sebuah peraduan cabutan istimewa yang membolehkan para pelajar melangsaikan hutang serta memenangi telefon pintar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bayar PTPTN

Lebih menarik mengenai inisiatif PTPTN pada kali ini, mereka telah menawarkan telefon tercanggih daripada Apple iaitu iPhone X dan sebanyak 19 unit Huawei P10 untuk dimenangi.

Buat anda yang mempunyai hutang, anda berpeluang untuk menyertai cabutan istimewa daripada PTPTN dengan dengan membayar hutang sebanyak dengan minimum RM1,000 untuk mendapatkan satu cabutan.

Apa lagi? Tag rakan anda untuk turut serta. Mungkin ini rezeki untuk anda melangsaikan hutang serta memenangi Apple iPhone X.

Sumber