Ini bukan kali pertama KFC di China memperkenalkan teknologi dalam penjualan ayam goreng mereka. Sebelum ini, KFC di China pernah menggunakan teknologi ‘pengimbas wajah’ untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan dan kali ini teknologi yang sama digunakan untuk membuat pembayaran pula.

Sebuah restoran KFC di Hangzhou, China kini sedang menguji kaedah pembayaran baru menggunakan teknologi pengimbas wajah yang dipanggil Smile To Pay. Melalui keadah terbaru ini, para pelanggan hanya perlu senyum di depan kamera untuk membuat pembayaran. Lebih menarik, ianya hanya mengambil masa sepantas 2 saat sahaja. Mudah dan cepat!

https://www.youtube.com/watch?v=f-NIAUhU2E0

Untuk kali ini, kaedah pembayaran yang menggunakan sistem Smile To Pay ini merupakan hasil kolabrasi bersama platform terkemuka Alipay yang dipopularkan oleh Alibaba. Menurut mereka, sistem Smile To Pay ini dilengkapi dengan kamera 3D dan teknologi ‘live-ness detection algorithm‘ menjanjikan ianya dipercayai, selamat serta bebas dari sebarang penipuan. Namun begitu, pelanggan yang ingin membuat pembayaran melalui sistem ini perlu menyertakan nombor telefon sekali sebagai bentuk pengesahan yang kedua.

Buat pengetahuan anda, ini bukan kali pertama KFC di China menunjukkan minat terhadap teknologi. Selain ayam goreng, mereka sebelum ini pernah menjual smartphone, lilin aroma ayam goreng dan baju yang cool ini.

Bila agaknya KFC di Malaysia nak upgrade restoran mereka jadi sebegini canggih?

BACA JUAGA: Jangan Buang Resit KFC, Diskaun Ayam Menanti

Sumber