“Aku dah bayar PTPTN setiap bulan pun nama kena CCRIS lagi!”

Itu antara keluhan anak muda kepada aku. Aku pun tak tahu nak kesian ke nak kata padan muka… kakakaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahun ni ramai anak muda berdukacita disebabkan pembiayaan perumahan, ASB tidak lepas disebabkan CCRIS hancur, hancus barai, semua ada.

Bayangkan dah 2-3 tahun bergraduasi tapi langsung tak bayar balik PTPTN. Lebih teruk lagi dah 5-10 tahun dah kerja pun tak bayar lagi.

Lepas aku soal siasat orang tu barulah aku tahu punca laporan CCRIS dia barai.

Meh aku cerita pasal CCRIS sikit. Semua pembiayaan dengan bank, komitmen, hutang akan masuk dalam sistem CCRIS. Tak kiralah kau orang bayar baik ataupun tak. Kalau baik cantik je jadi 0,0,0. Kalau culas, jadilah macam gambar tu, 32, 33, 34. Tiap nombor mewakili berapa bulan kau orang tangguh bayar.

Hasil CCRIS bila bayar PTPTN tak cantik.
Hasil CCRIS bila bayar PTPTN tak cantik.

CCRIS ni akan kira kau orang dah bayar jika kau orang BAYAR DENGAN JUMLAH YANG CUKUP. Jelas?

Contohnya dekat surat perjanjian ada mengatakan kau orang perlu bayar berapa. Katakan RM180 sebulan. Tapi kau orang hanya bayar RM100 je.

Kau orang ingat bayar sikit asalkan bayar okaylah kan. Bayar juga kan. Daripada tak bayar langsung. Ada tu bayar RM50 je. Untuk lepas bayaran caj perkhidmatan.

Wajib bayar: RM180
Tiap bulan bayar: RM100
Kurang/ shortfall: RM80

Dan sistem CCRIS akan anggap kau orang tak bayar dan dekat laporan CCRIS akan muncul ‘1’. Bulan berikutnya pun bayar kurang maka muncul pula ‘2’ dan seterusnya sampai besar nombornya.

Kalau lambat bayar pun boleh naik juga nombor tu. Bayar sikit pun naik. Sama juga jika kau orang ada pembiayaan kereta ke, peribadi ke jangan bayar kurang daripada jumlah ditetapkan pada masa yang ditetapkan. Ada faham?

Kalau tak sempat bayar ke, pokai ke masa bulan tu, pada bulan berikutnya terus cover okay? Simplekan. Kau dah pinjam duit bank, bayar la.

Untuk dapatkan laporan CCRIS secara atas talian dan free of charge boleh baca link ini: Credit Bureau

Betul orang cakap, manusia bila dapat duit, dah bagi peluang mesti lupa jasa. Maka, dah pinjam kena ada rasa tanggungjawab untuk bayar balik. Kau orang pinjam duit kawan pun jangan abaikan buat-buat hilang ingatan pulak. Bayar okay?

Amir Syahir, penulis
Amir Syahir, penulis

Laporan CCRIS ni umpama cermin karakter kita. Daripada laporan CCRIS bank boleh tahu karakter kau orang.

Daripada karakter pembayaran balik kita terhadap pinjamanlah yang menentukan pinjaman seterusnya diluluskan atau tidak.

Jika kau orang sentiasa menjaga bayaran pada bank. Bank jugak tidak ragu-ragu untuk meluluskan permohonan sebarang pembiayaan kau orang.

Karakter yang DISIPLIN & KONSISTEN membayar balik sebarang komitmen dengan jumlah yang cukup pada masa yang ditetapkan. Kedua-duanya mestilah bergerak seiring.

Tak payah nak mimpilah nak buat ASB ke, nak beli rumah subsale ke, nak beli hartanah undercon ke kalau laporan CCRIS tak reti nak jaga, nak bayar balik punyalah susah. Bulan ni bayar kurang, bulan depan lambat bayar.

Ramai tak puas hati dengan PTPTN sebab servis lembap. Dah bayar pun kes tak setel lagi. Kau orang fikir baliklah, kau orang tak dapat ijazah ataupun diploma tanpa bantuan PTPTN ni.

Jadi kalau kau orang tak nak anak kau orang hadapi masalah sama, pergi lah belajar ilmu pengurusan kewangan, hartanah, pelaburan.

Biar mereka tak perlu pembiayaan pendidikan. Dah umur 18 tahun dah ada tabung pendidikan sendiri.

Boleh rujuk artikel ini untuk membina pelan pendidikan anak RM149K++ sebelum umur 18 tahun.

Pergi periksa CCRIS dengan BNM. Kalau CCRIS barai sebab PTPTN, pergilah tanya pegawai PTPTN. Nak tanya aku buat apa.

Pembiayaan perumahan tak lepas sebab PTPTN barulah menggelupur nak bayar balik. Kah!