Buat anda yang suka membeli beg tangan jenama mewah, kini semakin banyak butik atas talian yang menawarkan beg tangan dengan harga yang jauh lebih murah daripada di butik. Kadangkala, perbezaan harga yang jauh lebih murah buat kita jadi rambang mata.

Namun, adakah beg yang ditawarkan di atas talian semuanya 100% original? Inilah yang terjadi kepada seorang pembeli yang membeli beg mewah yang dikhabarkan original tetapi sebenarnya ciplak.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

Melalui perkongsian laman Instagram Streetwear Busted Malaysia, modus operandi untuk membuatkan butik mereka nampak legit adalah dengan berkongsikan screenshot pemindahan wang yang telah dibuat oleh pembeli.

Laman Instashop berkenaan adalah orihandbags.co.new dan lebih mengejutkan, Instashop ini turut mempunyai pengikut lebih 25,000. Paling tinggi ada yang sudah membuat pembayaran RM20,900 untuk membeli beg di Instashop ini!

Instashop berkenaan juga kini sudah menukar nama dan menetapkan profil IG mereka kepada private. Mengapa perlu scam pembeli dengan menjual barangan ciplak dengan harga yang sangat tinggi?

Bagaimana untuk tahu Instashop berkenaan menjual barangan fake? Sebagai contoh, koleksi kolaborasi seperti Louis Vuitton x Supreme tidak pernah dijual dibawah harga pasaran kerana ianya dihasilkan dengan kuantiti yang sangat limited. Setiap barangan original daripada koleksi berkenaan dijual kembali dengan harga dua atau tiga kali ganda harga pasaran.

Untuk tidak ditipu, anda perlulah lebih berhati-hati kerana banyak Instashop yang mengaku original tumbuh bak cendawan di Instagram. Buat research mendalam terlebih dahulu jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.

Anda Mungkin Suka