Memahami kekangan yang dihadapi orang ramai ketika ini, pihak Polis Diraja Malaysia pada semalam mengumumkan diskaun sehingga 50 peratus bagi pembayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian.

Tempoh diskaun itu akan berlangsung selama empat hari dari 18 hingga 21 Mei ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka yang ingin melakukan pembayaran dan menikmati diskaun tersebut boleh berbuat demikian dengan mengunjungi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Selain diskaun pembayaran saman secara atas talian, PDRM juga akan membuka kaunter perkhidmatan untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan.

Ia akan dilakukan secara berperingkat juga bermula 18 Mei ini di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen seperti yang disenaraikan di bawah dengan mereka yang hadir perlu mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan.

Jadi, kepada anda yang menunggu peluang untuk membayar saman dan mengambil dokumen berkaitan kemalangan boleh lah berbuat demikian bermula Isnin ini yang hanya akan berlangsung selama empat hari sahaja.

Di samping itu, anda juga tidak perlu risau dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini kerana pihak PDRM memang ada menawarkan perkhidmatan pembayaran secara online melalui laman-laman yang dinyatakan tadi sekaligus mengelakkan anda daripada mengalami risiko jangkitan dan bertemu orang ramai.

Selain PDRM, Kementerian Pengangkutan sebelum ini juga mengumumkan penangguhan pembayaran cukai jalan dan lesen memandu selama PKP berlangsung. Baca mengenainya di bawah. 

Kerajaan Umum Pengecualian Memperbaharui Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Sepanjang PKP

Kerajaan Batalkan Caj Pengeluaran Sebanyak RM1 Di ATM MEPS Sepanjang Tempoh PKP

Sumber