Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Memetik petikan dari laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad dari sudut petunjuk dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama. Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.

(Surah al-Baqarah: 43)

Pejam celik sudah hampir sebulan kita berpuasa! Masyaallah, tahun ni lain betul nikmat berpuasa lebih-lebih lagi kita tidak lagi dalam fasa pandemik jadi, kita dapat meluangkan masa berbuka bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Rasa teruja, sebak semua ada! Tak sangka akhirnya kita kini dapat kembali bukan sahaja berpuasa bersama tetapi dapat juga beraya bersama-sama!

Dalam keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, pastikan anda langsaikan Rukun Islam ke-3 iaitu menunaikan zakat! Lebih-lebih lagi masa 10 malam terakhir ni. Jangan risau, sekarang lebih mudah.

Ada 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari!

Anda jangan khuatir, jangan takut sebab kaunter PPZ ini dibuka setiap hari sepanjang Ramadan dari pukul 8.15pagi sehingga 4.30 petang. Waktu operasi ini termasuklah ketika cuti umum!

Anda boleh pilih mana-mana kaunter dibawah ni untuk pergi:

Pembayaran secara online juga boleh! Lagi mudah dan cepat!

Kami faham, mungkin ada diantara anda yang tidak sempat nak pergi ke kaunter-kaunter ni secara fizikal. Ada yang sempat tapi terlupa pulak. Sudah malam baru teringat. Tidak mengapa, anda juga boleh bayar zakat secara online! Pukul 3 pagi pun boleh bayar. Anda boleh klik sahaja link di bawah ni:

Selain tu anda juga boleh muat turun aplikasi MyZakat dengan klik pautan di bawah.

Mudah bukan? Ambil masa beberapa minit sahaja untuk anda lengkapkan transaksi ni. Marilah kita sama-sama menunaikan zakat kita pada tahun ini.

Tular pada minggu ini apabila terdapat YouTuber yang sanggup ditaja syarikat perjudian dalam meraih pendapatan berganda.

‘Tak Selidik Dulu Ke?’ – Netizen Hairan Mengapa YouTuber Ini Sanggup Ditaja Syarikat Perjudian

Teruja Raih 1,900 Tontonan, Tindakan Anggota Polis ‘Live’ TikTok Sewaktu Operasi Undang Perhatian Netizen