Setiap orang pastinya miliki impian untuk memiliki sebuah rumah agar dapat mencipta memori bersama keluarga dan duduk hingga ke hari tua kelak. Kos membina rumah bukanlah murah dan bukannya mudah mengumpul wang demi mendapatkan rumah yang diinginkan.

Bayangkan jika anda sudah membayar sejumlah wang yang banyak untuk membina rumah impian anda kepada kontraktor tetapi wang anda lebur kerana rumah tidak siap. Tipulah jika anda tidak berasa sedih, bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, sebuah akaun page Facebook Mangsa Rumah Tak Siap OH telah memuat naik beberapa rintihan dan kes mereka yang menjadi mangsa kontraktor syarikat milik artis veteran.

Menerusi perkongsian akaun Facebook tersebut, ramai mangsa yang terpaksa menyiapkan sendiri rumah mereka selepas dibiarkan terbengkalai oleh pihak kontraktor. Sudah bayar duit buat rumah tetapi rumah tidak siap, pasti luluh hati anda.

Jika dilihat, setiap rumah yang terbengkalai kelihatan sudah siap 80 peratus dan telah dibiarkan begitu sahaja. Difahamkan, antara alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor apabila dihubungi mangsa-mangsa adalah seperti pekerja lari, akaun bank kena beku, tiada di Malaysia, ada meeting dan banyak lagi.

Rata-rata mangsa telah mengubungi pihak syarikat tersebut tetapi tidak mendapat maklum balas dan ada juga kena ‘bluetick’ sahaja. Malah, ada juga yang telah di’block’ di page milik syarikat itu akibat memberi komen berhubung rumahnya yang terbengkalai.

Tidak mendapat jawapan tetapi disekat begitu sahaja. Malah, kebanyakan mangsa masih ada lagi mengharapkan syarikat tersebut menyiapkan rumah idaman mereka kerana pembayaran telah dibuat.

Diharap mangsa-mangsa kontraktor ini nasibnya akan terbela dan tiada lagi yang menjadi mangsa penipuan seperti ini. Anda diluar sana yang ingin membina rumah, pastikan kontraktor anda boleh dipercayai agar tidak berlaku perkara sebegini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa penipuan yang pernah berlaku di Malaysia. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Disyaki ‘Scam’ Pengguna, Netizen Serang Laman Facebook Agoda

Tawarkan Kerja Yang Mudah Di Media Sosial, Ini Taktik Scam Baharu Yang Anda Perlu Tahu

Jual iPhone 11 Pro Max RM600 Dengan Niat Bersedekah, ‘Scammer’ Tidak Berjaya Tipu Netizen