Baru-baru ini tular di media sosial dan akhbar-akhbar tempatan tentang kembalinya penyakit Polio yang telah lama ‘hilang’ selama 27 tahun di Malaysia. Namun begitu, penyakit ini kembali dikesan semula pada seorang bayi di Sabah

Menurut laporan Astro Awani, seorang bayi berusia 3 bulan di Tuaran, Sabah dijangkiti wabak Polio ini selepas bayi tersebut tidak menerima vaksin untuk penyakit tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bayi itu mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember lalu.

Sumber: Chempedak Cheese

Tambahnya lagi, bayi tersebut dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan.

Hasil siasatan yang dilakukan di kawasan tempat tinggal bayi yang dijangkiti polio tersebut mendapati 23 daripada 199 orang (11.6 peratus) yang berumur antara dua bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

“Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio,” kata beliau kepada Astro Awani.

Sumber: Quartz

Untuk makluman semua, wabak penyakit Polio atau polio atau nama sebenarnya poliomyelitis merupakan satu penyakit yang boleh beri komplikasi seumur hidup atau boleh menyebabkan kematian.

Virus ini sangat mudah merebak iaitu melalui cecair daripada tubuh badan atau dari najis manusia. Virus ini akan menyerang bahagian urat saraf dan sel otak yang boleh menyebabkan lumpuh.

Kes polio terakhir dilaporkan berlaku pada 1992, manakala Malaysia diisytiharkan bebas polio pada Oktober 2000 hasil program pencegahan melalui vaksin polio dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak tahun 1972 dan sehingga kini.

Orang ramai terutamanya ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran serta mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.

Terdahulu, seorang wanita dari Klang menjadi mangsa pertama virus Zika di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Wanita Dari Klang Mangsa Pertama Virus Zika Di Malaysia

Hidap ‘Penyakit Joker’, Lelaki Ini Kongsi Penderitaan Yang Perlu Dilaluinya Setiap Hari

Malaysia Jadi Negara Pasifik Barat Pertama Hapus Penularan HIV Daripada Ibu Ke Anak

 

Sumber