Seorang bayi di Filipina diberi nama Hypertext Mark-up Language, atau HTML, sebagai penghargaan dari ayah atas pekerjaannya. Lelaki dari Bulacan itu sangat ‘obses’ dengan pekerjaannya sehingga dia memberikan nama HTML kepada anaknya.

Mac Pascual, ayah yang bertanggungjawab memberikan nama unik itu kepada anaknya merupakan seorang pereka web. Dia mendedahkan bahawa nama anaknya itu unik kerana mahu menghargai tradisi keluarga.

Melalui siasatan, media Filipina melaporkan bahawa bayi itu dilahirkan dengan sihat di Hospital Bulacan, dengan berat 2.25 kg. Ibu kepada Hypertext Mark-up Language, Salie Rayo Pascual, telah memuat naik foto ahli keluarganya yang baru di laman Facebook.

“Selamat datang ke dunia HTML,” kata Salie pada 10 Jun, seperti dilaporkan oleh The Mirror. Muat naik Salie kemudian menjadi tular dan mendapat reaksi daripada warganet. Ada yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang memberi pandangan yang negatif.

Selain daripada itu, beberapa warganet bimbang dengan masa depan anaknya. Mereka mendakwa bahawa anak itu akan membesar dengan potensi dibuli oleh rakannya.

Pascual menjelaskan bahawa dia ada alasannya sendiri. Dia mahu tradisi keluarga diteruskan kerana nama depannya Mac adalah singkatan dari Macaroni 85. Manakala Salie pula adalah singkatan dari Spaghetti 88.

Dia menambah lagi bahawa adiknya yang mempunyai dua anak telah diberi nama Cheese Pimiento dan Parmesan Cheese, disingkatkan menjadi Chippy dan Peewee.

Untuk rekod, HTML adalah sebahagian bayi dengan nama unik. Antara bayi dengan nama unik seperti anak CEO Tesla Elon Musk yang menamakan anaknya X A-12 Musk.

Baru sahaja empat bulan, Elon Musk sudah ‘lupa’ nama anak X Æ A-12. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Baru Sahaja Empat Bulan, Elon Musk Sudah ‘Lupa’ Nama Anak X Æ A-12