Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati bahawa bayi yang dilahirkan semasa pandemik COVID-19 berpotensi mempunyai kecerdasan minda atau IQ yang lebih rendah. Para penyelidik menyatakan bahawa hal ini terjadi disebabkan oleh kurangnya interaksi bayi dengan dunia luar disebabkan perintah kawalan pergerakan dan sekatan yang dikenakan sehingga mengganggu perkembangan otak mereka, lapor New York Post.

Melalui satu analisis yang dilakukan ke atas 672 kanak-kanak yang dilahirkan di Amerika Syarikat, penyelidik mendapati hampir keseluruhan kanak-kanak berusia tiga bulan hingga tiga tahun menunjukkan penurunan perkembangan otak dari sekitar 100 (sebelum wabak) menjadi 79 (semasa wabak).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Secara terperinci, terdapat 188 kanak-kanak yang dikaji lahir di tengah wabak penyakit iaitu selepas Julai 2020. Mereka dibandingkan dengan 308 anak-anak yang dilahirkan sebelum Januari 2019 dengan 176 daripadanya dilahirkan pada peringkat awal antara Januari hingga Mac 2020.

Penulis kajian utama dan profesor penyelidikan pediatrik di Brown University, Sean Deoni berkata kepada Guardian bahawa situasi ini adalah bersifat luar biasa, “Anda biasanya tidak melihat perkara seperti itu, melampaui gangguan kognisi utama.” Dia mengaitkan masa yang dihabiskan dengan duduk di rumah dan tekanan daripada ibu bapa yang tertekan mengurus anak-anak menjadi antara punca mengapa perkembangan mental anak-anak ini terhalang.

Selain itu, para penyelidik juga berkata bahawa kanak-kanak yang tidak berinteraksi dengan dunia luar sebelum atau semasa pandemi mempunyai masalah mental yang ketara berbanding mereka yang berumur. Namun kenyataan ini memerlukan kajian lebih mendalam daripada para penyelidik.

“Ibu bapa tertekan dan letih menyebabkan interaksi yang biasa dilakukan oleh anak-anak telah banyak berkurang. Kemampuan untuk membetulkan arah menjadi lebih kecil seiring bertambahnya usia anak,” kata Deoni.

Sementara itu, penyelidik juga mendapati bahawa anak-anak yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dari segi kewangan atau terkesan dengan keadaan ekonomi semasa pandemik COVID-19 adalah yang paling teruk terjejas.

“Tidak hairanlah bahawa anak-anak dari keluarga sosioekonomi rendah paling banyak terpengaruh  dengan kesan kewangan, pekerjaan dan kesihatan selain dari wabak ini,” kata profesor kesihatan kanak-kanak University College London, Sir Terence Stephenson.

Lonjakan kes COVID-19 di Malaysia antara yang terburuk di dunia, lapor data antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lonjakan Kes COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia, Lapor Data Antarabangsa

Kajian Mendapati Kos Sara Hidup Di Kuala Lumpur Murah, Anda Hanya Perlukan RM3,300 Sebulan

Kajian Mendapati Tentera Lebih Takut Dengan Doktor Gigi Berbanding Perang