Mencari rumah idaman pastinya satu ‘tugasan yang merumitkan’ kerana anda perlu fikir dan ambil kira pelbagai aspek sebelum membuat pembelian rumah.

Sekiranya anda mencari sebuah kediaman yang tenang daripada kesibukan ibu kota dan mempunyai pelbagai fasiliti menarik, kediaman Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan ini pastinya perfect untuk anda.

Ciri utama projek Bayu Sutera adalah taman unggul yang dinamakan Breezeway yang mana lokasi taman ini seiring dengan laluan angin pantai barat Semenanjung Malaysia.

Setiap presint juga mempunyai taman dengan lanskap tersendiri dan lengkap dengan kawasan permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, peralatan kecergasan dan senaman luaran.

Mengapa perlu pilih Bayu Sutera?

Faktor lain seperti kemudahan awam, keselamatan, aksesibiliti, penyambungan dan hubu­ngan jalan raya utama yang padu menjadi elemen penting dalam penilaian pembeli membuat pilihan yang terbaik. Kami senaraikan keunikan Bayu Sutera berbanding hartanah lain yang berada di kawasan sekitarnya.

1. Keselesaan dan privasi tertinggi buat pembeli

Projek hartanah Bayu Sutera melibatkan pembinaan dua jenis susun atur dengan binaan luas bermula dari 2,142 kaki persegi hingga 2,478 kaki persegi yang sesuai untuk keluarga dan isi rumah pelbagai generasi.

Ruang yang cukup besar ini memastikan keselesaan bagi pemilik kediaman selain privasi yang sangat diperlukan khusus­nya bagi mereka yang bekerja dari rumah.

Untuk keselamatan pula, Bayu Sutera akan hadir dengan sistem sekuriti yang mampan dengan adanya Pondok Rukun Tetangga dan kawalan menerusi CCTV.

2. Berdekatan dengan hospital, sekolah dan pusat membeli belah

Kemudahan sekitar Bayu Sutera

Buat pembeli, jarak antara kemudahan seperti sekolah dan hospital juga penting. Kedudukan Bayu Sutera dilihat strategik kerana jarak untuk ke sekolah, hospital dan pusat membeli belah adalah dalam lingkungan bawah 15km sahaja.

3. Kawasan riadah untuk seisi keluarga yang luas dan lengkap

Pembinaan Bayu Sutera menekankan elemen hijau dan ketenangan buat penduduk. Padang dan kawasan riadah dilihat sangat penting dalam sesuatu komuniti. Di Bayu Sutera, pihak Matrix Concepts akan memastikan hanya yang terbaik diberikan buat para pembeli supaya para pembeli dapat beriadah dengan penuh ketenangan dan selamat.

Antara kemudahan yang dirancang di Bayu Sutera adalah trek untuk berbasikal, reflexology path, padang futsal, tempat permainan kanak-kanak dan banyak lagi.

Lawati rumah di Bayu Sutera secara VR!

Laman VR @ Bayu Sutera

Berbeza dengan pemaju perumahan yang lain, Matrix Concepts hadir dengan konsep menarik untuk sesiapa yang mahu melawat perumahan di Bayu Sutera. Anda tidak perlu memandu sehingga ke Bandar Sri Sendayan untuk melihat rumah konsep tetapi boleh melihatnya secara virtual reality (VR) sahaja.

Anda boleh melihat lakaran konsep kediaman dan kemudahan di Bayu Sutera secara maya tanpa perlu pergi ke lokasi. Anda akan dapat idea bagaimana rupa perumahan di Bayu Sutera ini apabila ia siap sepenuhnya kelak. Memang cool dan lain daripada yang lain!

Untuk melayari laman VR Bayu Sutera, anda boleh klik di sini.

Tunggu dulu, ada kuiz untuk anda yang sertai tour VR Bayu Sutera

Jawab kuiz mudah dan dapat voucher Grab!

Sambil-sambil anda ‘meronda’ Bayu Sutera secara maya, jangan lepaskan peluang untuk jawab kuiz yang disediakan oleh Matrix Concepts. Anda hanya perlu isi butiran anda di sini dan jawab soalan yang ada dalam borang ini nanti.

Soalannya pun sangat mudah dan anda boleh ‘cari’ item yang diminta secara santai bersama anak di rumah. Jika anda salah seorang pemenang, anda akan dihubungi oleh pihak Matrix Concepts.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perumahan Bayu Sutera, anda boleh isi butiran anda di sini dan pihak Bayu Sutera akan menghubungi anda atau anda boleh hubungi pegawai bertugas di 1800-88-2688.

Ini pula salah satu tarikan yang ada di Bandar Sri Sendayan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Inilah Individu Hebat Yang Mewakafkan Masjid Sri Sendayan Di Negeri Sembilan

Pemilik ‘Ghapoor Dior’ Kongsi Cara Beliau Siapkan Scooter Unik Ini

Aktiviti ‘Outdoor’ Bukan Lagi Trend, Ini 5 Lokasi Menarik Yang Anda Boleh Jelajahi Sekarang