Walaupun masih berbaki lebih kurang dua minggu sebelum kita menyambut ketibaan bulan puasa namun bazar-bazar ramadan sudah pun mula beroperasi.

Tetapi,apa yang berbeza tahun ini adalah bazar-bazar ini memilih untuk beroperasi dalam talian atau secara online menggunakan platform Facebook kerana kekangan yang dihadapi dalam menghadapi COVID-19 ketika ini.

photo 9

Antara negeri yang sudah mengumumkan pembatalan bazar ramadan secara tradisional seperti sebelum-sebelum ini adalah Selangor, Negeri Sembilan dan juga Terengganu.

Keputusan itu menurut pihak-pihak terlibat diambil sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Capture

Bagaimanapun, keputusan untuk membatalkan bazar ramadan kali ini dilihat disambut dengan baik oleh masyarakat terutama golongan peniaga-peniaga yang sudah pun mewujudkan beberapa grup Facebook untuk pelaksanaan bazaar ramadan dalam talian.

Jika tempat tinggal atau kerja anda terletak dalam kawasan yang diumumkan tiada bazaar ramadan pada tahun ini, apa kata anda lihat senarai bazar atas talian sekitar Lembah Klang yang telah diwujudkan ini.

  1. BAZAAR RAMADHAN ONLINE GOMBAK
  2. Shah Alam Bazaar Ramadhan Online 2020
  3. Bazaar Ramadhan Online Sungai Buloh
  4. Bazar Ramadan Saujana Utama
  5. BAZAR RAMADHAN ALAM MEGAH
  6. Bazar Ramadan Putra Heights OFFICIAL
  7. BAZAR RAMADHAN PANTAI DALAM
  8. BAZAR RAMADHAN ONLINE AMPANG 68000
  9. BAZAAR RAMADHAN ONLINE WANGSA MAJU
  10. BAZAR RAMADHAN OTK PUCHONG PRIMA
  11. BAZAR RAMADHAN BANDAR PUTERI PUCHONG
  12. BAZAR RAMADHAN PUTRA PERDANA PUCHONG
  13. BAZAR RAMADHAN KINRARA BK
  14. BAZAR RAMADHAN KELANA JAYA

Dengan adanya bazar-bazar ramadan atas talian ini, anda kini tidak lagi perlu risau untuk mendapatkan juadah berbuka setibanya bulan puasa nanti.

Malah jika anda teringin untuk menikmati makanan-makanan yang sinonim dengan sambutan bulan Ramadan anda sudah pun boleh medapatkannya sekarang kerana ada antara penjual yang sudah beroperasi terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Baca perkongsian lain kami mengenai perkembangan bazar ramadan tahun ini yang bertembung dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Penganjuran Bazar Ramadan Di Selangor Sah Dibatalkan Kerana COVID-19

Singapura Batalkan Sebarang Penjualan Di Bazar Ramadan Pada Tahun Ini

Penganjur Di Johor Cadang Batalkan Bazar Ramadan Berikutan Wabak COVID-19

Sumber