Minggu lalu kita dikejutkan dengan kisah seorang asnaf yang sanggup mencuri Kool Fever di kedai demi kegunaan anaknya. Kisah asnaf ini turut mendapat perhatian ramai serta Ketua Polis Petaling Jaya yang tampil menghulurkan bantuan makananan dan ubat-ubatan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang YouTuber Aisar Khaledd memilih untuk berbelanja serta menghabiskan 1,000 Kool Fever semata-mata demi challenge dan konten di YouTube.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2021-01-23 at 11.21.43 PM
Sumber YouTube: Aisar Khaledd

Menerusi video yang dimuat naik, YouTuber berkenaan pada mulanya menunjukkan bagaimana beliau bersama abangnya mendapatkan 1,000 Kool Fever yang juga disebut beliau sebagai ‘babi air’. Beliau kemudiannya turut memilih untuk memasukkan kesemua Kool Fever yang dibeli ke dalam kolam renang mudah alih.

Challenge yang melibatkan beberapa rakan beliau bersama artis turut diperlihatkan di mana Kool Fever dibaling untuk dimasukkan ke dalam sebuah baldi

Turut cuba ‘makan’ Kool Fever

Screen Shot 2021-01-23 at 11.22.41 PM
Sumber YouTube: Aisar Khaledd

Lebih membuatkan penonton geli, YouTuber ini turut ‘memakan’ Kool Fever yang direndam di dalam kolam renang yang digunakan untuk mandi bersama rakan-rakannya.

Meskipun sekadar hiburan, tindakan yang dibuat nyata kurang disenangi para netizen melihatkan isu pembaziran yang berlaku serta isu melibatkan asnaf yang tular baru-baru ini. Berikut merupakan antara komen netizen mengenai isu yang berlaku.

https://twitter.com/alainaasri/status/1352896962173915137

https://twitter.com/hanzgadget/status/1352940194601652225

Berdasarkan kecaman dan nasihat daripada para netizen, Aisar memaklumkan beliau memohon maaf dan akan lebih berjaga-jaga sebelum menghasilkan sesebuah konten. Beliau juga berharap orang ramai untuk terus menyokong beliau.

Setakat artikel ditulis, video yang dimuat naik di YouTube ini telah menerima jumlah dislike yang lebih banyak berbanding jumlah like. Apa pula komen anda? Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut gabungan challenge yang dijalankan oleh YouTuber ini.

Ketahui juga kisah seorang YouTuber sebelum ini yang memilih untuk menjahanamkan kereta milik kawannya semata-mata demi konten.

‘Prank’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen

‘Kotor Dan Bahayakan Kesihatan’- Aksi Gadis Ini Makan Ais Dalam Peti Sejuk Di Pasar Raya Curi Perhatian Netizen