Semua sedia maklum, program Baucar Buku 1Malaysia atau lebih dikenali BB1M telah pun dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2012. Tujuan program ini dilancarkan adalah supaya dapat membantu para pelajar sekolah dan universiti mengurangkan beban untuk mendapatkan buku atau alat pembelajaran yang mereka gunakan.

Namun sejak akhir-akhir ini kami mendapat aduan bahawa ada pihak yang mengambil kesempatan dengan program ini. Golongan ini menggunakan modus operandi menukar baucar kepada nilai wang. Selain daripada itu juga, ada juga pihak yang menawarkan pembelian barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran dengan menggunakan baucar buku yang pelajar dapat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika tiada golongan yang menawarkan khidmat pertukaran ini, pelajar tidak akan mengambil khidmat yang tak sepatutnya ada ini. Betul?

Di bawah kami lampirkan beberapa perkara yang pelajar buat menggunakan baucar buku. Kami yakin selain dari senarai di bawah, banyak lagi operasi ini dilakukan untuk mengambil kesempatan terhadap pelajar di luar sana.

20150306023630

20150306024911

20150306024918

20150306023601

20150306023606

20150306023611

20150306023614

20150306023618

20150306023622

20150306023626

Jika anda ternampak mana-mana pihak yang menyalah gunakan program ini, boleh laporkan kepada pihak yang sepatutnya berdasarkan maklumat dalam gambar di bawah.

20150306023639

Pesanan kami kepada pelajar di luar sana, gunakanlah BB1M tersebut di tempat sepatutnya untuk kemajuan dan kebaikan diri anda khususnya.