Yee Sang sudah menjadi sebahagian daripada tradisi dan makanan wajib ketika sambutan Tahun Baharu Cina buat masyarakat Cina di Malaysia. Berdasarkan rekod, seorang penduduk China dikenali sebagai Loke Ching Fatt yang bermigrasi ke Tanah Malaya sekitar tahun 1940-an telah memperkenalkan Yee Sang.

Lebih spesifik lagi, Yee Sang telah dikomersialkan di Seremban, Negeri Sembilan. Namun lain pula yang dilaporkan oleh BBC sehingga menimbulkan kekecohan di media sosial. Media tersebut menyebut Yee Sang sebagai “Singapore Salad” yang mula diperkenalkan oleh 4 orang chef dari Singapura pada tahun 1960-an.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/GirizNair/status/1098099578274889728

p070wnmn

Belum reda lagi dengan isu Yee Sang, satu lagi media barat The Zoe Report telah menimbulkan lagi satu isu yang membuatkan netizen geleng kepala. Melalui satu artikel yang diterbitkan, media tersebut menyatakan Singapura masih sebahagian daripada Malaysia.

Mungkin media luar perlu lebih berhati-hati dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum berkongsi informasi selepas ini.

Sumber