Buat anda yang terlepas dengan tawaran Merdeka Sale yang sedang berlangsung di Lazada, usah risau. Anda masih sempat lagi merebut pelbagai barangan idaman pada harga lebih rendah berbanding biasa sebelum besok! Erti kata lain, promosi Merdeka Sale ini masih lagi berlangsung dan bakal tamat hari ini. Jadi, jangan terlepas lagi.

Sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60 kali ini, izinkan kami kongsi keseronokan bersama anda. Khas buat mereka yang tidak sempat atau terlepas membeli Bean Bag pada harga promosi di Lazada pada bulan lepas, kemurungan anda bakal berakhir dengan kadar segera kerana sekarang ini Lazada menawarkan sekali lagi promosi untuk produk Bean Bag!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling seronok, harga asal Bean Bag yang dijual pada harga RM259.00 diturunkan sehingga RM75.00 pada promosi lepas kini boleh dimiliki pada harga lebih rendah iaitu RM69.90 sahaja.

go

Seperti promosi yang lepas, Bean Bag ditawarkan dengan 8 pilihan warna yang menarik. Pada harga RM69.00 seunit, ini merupakan waktu paling tepat untuk anda memilikinya. Boleh dapatkan di sini sebelum kehabisan stok.

Bagi mereka yang pertama kali mendengar Bean Bag, Bean Bag ini direka khas untuk beri keselesaan kepada pinggul anda supaya tidak sakit atau terasa keras ‘berkematu’. Idea beg kacang ini mula popular di seluruh negara selepas ia diperkenalkan di laman web kickstarter. Sekarang, untuk memilikinya anda tidak perlu terbang jauh sampai ke luar negara. Boleh beli sahaja di sini.

Oh ya, jangan lupa baca 5 jenama produk buatan Malaysia pilihan Vocket sempena Merdeka Sale Lazada tahun ini. Potongan harga sehingga 80% diberikan.