Kelembutan daging yang cair dalam mulut dan memiliki aroma memukau pastinya menggoda ramai orang. Terletak di Tropicana Avenue, Petaling Jaya sebuah restoran yang menyajikan hidangan daging barbecue ala Texas untuk anda akan memberikan rasa asli dan berbeza.

Beard Brothers BBQ adalah restoran barbecue ala Texas yang diasaskan oleh Nazri Jameson pada tahun 2013. Sudah 7 tahun beroperasi, restoran ini tampil dengan menu istimewa iaitu brisket dan tulang rusuk menggunakan resipi istimewa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2020-02-04_19-08-44

Difahamkan nama restoran ini diinspirasikan oleh pengasas-pengasasnya yang memiliki jambang. Sebelum Beard Brothers BBQ dibuka di Tropicana Avenue, Beard Brothers BBQ telah memulakan perniagaannya di rumahnya di Keramat.

Nama Beard Brothers BBQ menjadi ‘hits’ kerana keenakan dagingnya yang juicy berjaya menarik ramai orang. Terbaharu, tidak hanya tampil dengan daging smoke, tetapi kini ia tampil dengan Umami Boru yang ketengahkan ramen Jepun dan Beard Brother’s Deli yang ketengahkan sandwich ala Amerika.

photo_2020-02-04_19-08-38

photo_2020-02-04_19-08-32

Kami telah mencuba beberapa menu terbaharu istimewa restoran tersebut. Nak tahu menu apa yang berjaya memukau deria rasa kami? Kami senaraikan 5 pilihan terbaik kami.

1. Beef ramen


Bagi kami, rasa ramen ini cukup unik kerana rasa daging dia cukup memukau. Mana tidaknya, 12 jam masa diambil untuk menjadikan daging dibakar sempurna dan meresap dalam supnya.

photo_2020-02-04_19-09-08

Malah, kuantiti yang ditampilkan cukup banyak dan memuaskan hati. Jangan rasa teragak-agak untuk menghirup sup ramen tersebut. Anda akan segar dan rasa sup yang penuh dengan rasa daging dibakar istimewa, memang ‘terangkat’.

2. Chicken karaage

Rugi jika anda tidak cuba chicken karaage. Ini boleh dikatakan snack paling sedap di sini. Ranggup di luar tapi lembut di dalam.

photo_2020-02-04_19-09-13

Chicken karaage ini cukup sempurna kerana anda akan rasa keenakannya pada gigitan pertama lagi. Susah untuk cari chicken karaage yang dimasak dengan baik tetapi anda boleh mencubanya di sini.

3. BB New York pastrami

Ini adalah menu untuk anda cuba jika anda kekangan masa dan ingin cepat. BB New York pastrami adalah sandwish ala Amerika yang tampil dengan daging brisket cukup lembut.

photo_2020-02-04_19-08-49

Pastinya pilihan yang tepat untuk anda yang inginkan makanan sihat dan mudah didapati.

4. Mac n Cheese

Apa kami boleh katakan adalah Mac n Cheese yang ada di sini cukup lemak dan tidak muak. Portion yang dihidangkan cukup banyak juga.

photo_2020-02-04_19-09-00

Lebih perfect makan Mac n Cheese ini bersama chicken karaage memang kombinasi yang sangat tepat.

5. Le Creme Coffee RizalaR

Bagi penggemar kopi pasti akan suka minuman ‘hits’ di Beard Brothers BBQ ini. Walaupun anda bukan penggemar kopi, anda boleh cuba minuman ini dan mungkin akan jatuh cinta dengan minuman ini.

photo_2020-02-04_19-08-55

Bagaimana rasanya? Anda akan rasa kopi fresh yang baru di-brew dan memiliki bau vanila yang sedikit kuat dan krim yang menjadi pemanis kopi. Untuk pengetahuan anda, kopi ini antara specialtity Beard Brothers BBQ juga.

Ada ke di sini penggemar Harry Potter? Anda juga boleh nikmati Butterbeer yang akan ‘kick’ deria rasa anda. Pastinya peminat Harry Potter tidak akan lepaskan peluang ini.

Lihat gambar pun sudah terliur, bukan? Jadi, anda bolehlah serbu ke restoran Beard’s Brother ini. Memang terbaik!

Sebelum ini kami pernah review kelazatan daging brisket di Beard Brother BBQ ini. Nak lihat reaksi kami mencubanya? Apa lagi, klik pautan di bawah untuk saksikan sendiri kelazatannya.

Vocket Makan: Beard And Brothers BBQ Di Petaling Jaya

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

Restoran Halal Unity Kitchen Milik Warga Malaysia Ini Makin Dikenali Di Cambodia