Beats By Dre tampil dengan koleksi khas fon kepala tanpa wayar Solo3 bersempena ulang tahun ke-90 Mickey Mouse.

Keseluruhan fon kepala ini dipenuhi dengan grafik Mickey Mouse. Malah, fon kepala ini turut didatangkan dengan beg khas untuk menyimpan fon kepala ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keistimewaan fon kepala Solo3 ini adalah ianya mempunyai ciri pengecasan pantas dan hanya mengambil masa selama lima minit untuk dicas penuh. Fon kepala ini mempunyai jangka hayat yang lama iaitu sekitar 40 jam penggunaan setiap kali cas penuh.

Bagi anda yang ingin membeli koleksi fon kepala tanpa wayar Solo 3 ini, ianya dijual dengan harga $329.95 (RM1,327.30) dan anda boleh menempah awal untuk set ini bermula hari ini melalui Amazon. Koleksi ini hanya akan tersedia untuk dijual di Apple.com, Disney.com dan Best Buy bermula 11 November ini. Padankan pula dengan kasut Vans x Mickey Mouse. Memang awesome.

beats-by-dre-mickey-mouse-headphones-02

beats-by-dre-mickey-mouse-headphones-05