Umum mengetahui model iPhone terbaharu tidak mempunyai audio jack yang menyebabkan pengguna akan menggunakan fon telinga atau fon kepala tanpa wayar. Terbaru, Beats By Dre memperkenalkan pilihan warna baharu untuk fon kepala tanpa wayar Solo 3 iaitu satin silver dan rose gold.

new-beats-solo3-wireless-colors-will-match-your-iphone-xs-and-xs-max

Sekali pandang warna tersebut sangat padan jika digandingkan dengan pilihan warna iPhone XS dan XR terbaharu keluaran Apple semalam. Tidak hairanlah jika selepas ini anda akan melihat peminat tegar iPhone masing-masing mempunyai fon kepala Beats By Dre.

Menariknya, Solo 3 ini mempunyai jangka hayat yang agak lama iaitu sekitar 40 jam penggunaan dan memunyai ciri pengecasan pantas. Dikhabarkan fon kepala ini hanya mengambil masa beberapa minit untuk dicas penuh.

Fon kepala tanpa wayar Solo 3 boleh didapati dengan harga $300 (~RM1242). Layari laman web Beats By Dre untuk maklumat lanjut.