Art Institute of Chicago akan membuat pameran berkenaan 3 lukisan terkenal Vincent Van Gogh. Ketiga-tiga lukisan itu adalah bersubjekkan bilik tidurnya di Arles, suatu tempat di selatan Perancis. Apa yang menarik institut itu membina kembali bilik berkenaan dan ianya boleh disewa di Airbnb. Bilik ini direka berdasarkan lukisan beliau bertajuk ‘Bedroom’ yang dilukis oleh Van Gogh pada tahun 1888.

Menurut institut itu, bilik ini dibina untuk penyewa merasai sendiri pengalaman ‘hidup’ di dalam lukisan Van Gogh. Rekaan dan perabut yang bewarna terang ini akan memberikan anda perasaan unik dan pengalaman yang anda tidak dapat lupakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Lukisan asal 'The Bedroom'
Lukisan asal ‘The Bedroom’

Menariknya, sewa yang dikenakan hanyalah USD10(Lebih kurang RM41) dan tiada details tentang tarikh bila ianya dapat disewa oleh orang awam. Mungkin anda boleh ‘Contact Host’ untuk mendapat maklumat lebih lanjut sekiranya anda berminat untuk bermalam di bilik ini.

Anda boleh klik di sini untuk menempah bilik ini di Airbnb. Tetapi anda perlu beli tiket kapal terbang ke Chicago dahulu sebelum membuat tempahan. Bilik ini cukup cool dan sangat real. Sekali pandang memang tidak nampak perbezaan antara bilik sebenar ataupun lukisan.

van-gogh-airbnb-1

van-gogh-airbnb-4

van-gogh-airbnb-5

van-gogh-airbnb-6

Sumber