Siapa yang kerap ke Ikea pasti kenal sangat dengan beg biru besar yang dijual di IKEA ini. Syarikat rekaan dari Denmark, Hay telah ‘mewarna’ semula beg ikonik ini dengan warna baru, tidak lagi dengan warna ikonik biru dan kuning.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Bag Frakta itu nanti akan hadir dengan warna light grey dan hijau, warna yang lebih minimal dan tidak terlalu terang. “Kami memilih warna ini kerana warna ini akan bertahan lama,” kata Mette Hay, pengasas syarikat rekaan Hay.

Rekaan semua beg Frakta oleh Hay

Rekaan semula beg Frakta oleh Hay

Bag Frakta ini adalah salah satu item yang dicipta oleh Hay untuk projek kolaborasinya dengan Ikea. Dijangkakan akan dipasarkan pada tahun 2017, item lain dari kolaborasi ini adalah perabot meja kayu, lampu meja dan juga kerusi.

“Koleksi kami ini akan bermain dengan skema warna kelabu, putih dan hijau,” tambah Mette. Beg Ikea ini adalah item kedua di Ikea paling famous selepas semestinya meatball di Ikea yang sedap itu. Jadi boleh tunggu tahun hadapan untuk anda dapatkan beg ini. Saya suka beg ini kerana ianya sangat praktikal dan tahan lasak. Lihat koleksi kolaborasi Hay yang lain di bawah ini.

ikea 2

ikea 4

ikea 5

ikea kerusi

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group