Anda yang minat dengan rekaan unik dan pelik pasti jatuh hati dengan rekaan beg ini, memang cool habis! Sekali pandang, ianya kelihatan seperti anda sedang menggalas sebuah buku.

Dalam dunia fesyen pada hari ini, pelbagai rekaan unik dan menarik telahpun dihasilkan. Jika sebelum ini rekaan beg pasar malam pernah menjadi trend, kali ini kami bawa pula rekaan beg yang cukup menarik diinspirasikan dari bentuk buku dan novel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan beg berbentuk buku ini diperkenalkan oleh sekumpulan pereka kreatif dari Moscow, Rusia yang lebih dikenali dengan nama Krukru Studio. Ilham untuk menghasilkan rekaan beg ini diinspirasikan dari buku-buku dan novel klasik seperti  Alice’s Adventures in Wonderland,  Harry Potter, The Bell Jar dan banyak lagi.

Untuk harga pula, ia bergantung kepada corak dan reka bentuk beg. Harga yang ditawarkan bermula dari RM453 sehingga RM743 seunit. Kalau kekasih anda seorang ‘ulat buku’, ini mungkin hadiah yang sangat sesuai untuk diberikan kepada Si Dia.

1

3

6

4

5

7

Baca: Beg ‘Pasar Malam’ Jenama Balenciaga Ini Dijual Pada Harga RM40 Ribu