Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada hari Isnin baru-baru ini, Juara Formula 1 empat kali, Sebastian Vettel telah cuba mendapatkan kembali beg galas yang dicuri menggunakan aplikasi ‘Find My’ dengan menjejak AirPods miliknya.

Menurut laman Apple Insider, selepas Grand Prix Sepanyol, Vettel memandu kereta Aston Martin bersama ahli keluarganya ke sebuah hotel di Barcelona. Ketika dia meninggalkan kereta, ada pencuri menggunakan peluang itu untuk mengambil beg galas dari keretanya sebelum melarikan diri.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Pemandu Formula 1 itu tidak terus menghubungi pihak polis tempatan, sebaliknya beliau membuat keputusan sendiri untuk menjejak barangan yang hilang bersendirian dengan menaiki skuter elektrik dan membuka aplikasi ‘Find My’ untuk mengesan AirPod yang disimpan di dalam beg.

Polis kemudiannya menyertai Vettel ketika dia mengejar pencuri itu di kawasan bandar. Pada masa sama, pihak berkuasa turut menggesa Vettel membuat laporan kehilangan di balai polis dan memberhentikan ‘misi pencarian’ itu.

Gambar Hiasan | Sumber Gambar: Saintlad.com

Bagaimanapun, aplikasi ‘Find My’ membawa Vettel ke sebuah haberdashery (kedai pakaian), di mana dia berjaya menemui semula AirPods yang ditinggalkan dalam pasu bunga perhiasan kedai tersebut.

Namun bag galas Vettel yang mempunyai beberapa barangan peribadi lain, termasuklah lesen memandu, pasport dan beberapa kad kredit tidak ditemui pada lokasi yang sama AirPods itu dijumpai.

Pencuri itu didakwa menyedari bahawa dia telah dijejak menggunakan AirPods, lalu dia meninggalkannya di dalam pasu bunga supaya dapat mengaburi lokasi sebenar dia melarikan diri.

Polis masih belum menemui pencuri terbabit, tetapi berharap dapat mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman CCTV dari hotel berkenaan.

Untuk makluman, sebahagian produk Apple sudah tersedia mempunyai aplikasi ‘Find My’ bagi memudahkan pengguna menjejak lokasi barangan tersebut.

Pada pertengahan tahun lalu, Apple mula menawarkan AirTag, produk yang boleh sentiasa menjejak barangan kesayangan anda dan ia dijual pada harga RM129 seunit.

Sementara itu, anda boleh baca lagi kisah lain bagaimana pengguna Apple berjaya menemui semula barangan hilang menggunakan AirTag.

Lelaki Ini Berjaya Temui Semula Skuternya Yang Hilang Dengan Bantuan Apple AirTag

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Jadikan AirTag Pengesan Untuk Kucingnya Yang Kuat Merayap

Apple Lancarkan AirTag Bagi Memudahkan Pengguna Mencari Barang Dengan Mudah