Balenciaga sememangnya sebuah jenama yang kerap menjadi bahan jenaka orang ramai lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini. Penggunaan konsep mendekati budaya Asia nampaknya tidak meletakkan produk jenama ini kelihatan premium namun lebih mendekati gaya marhaen yang sering dilihat sekitar Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca lagi: Balenciaga Keluarkan Beg Toto ‘Narita’ Pula Untuk Koleksi Terbaru Mereka

Terbaru, Balenciaga telah mengeluarkan sebuah lagi koleksi terbaru mereka iaitu yang dinamakan sebagai ‘Arena Extra Large Shopper Tote Bag’. Sebuah nama yang sangat premium bagi sebuah beg shopping.

Memandangkan ianya Balenciaga harga yang mencecah RM10 Ribu yang dijual ini mungkin bukan suatu perkara yang mengejutkan sehingga anda melihat rekaan beg yang dibuat.

Kami rasakan langkah Balenciaga untuk meniru rekaan beg IKEA ini sedikit tersilap memandangkan IKEA sememangnya cukup terkenal dengan troll dan jenaka yang berjaya membuatkan orang ramai terhibur.

Berikut merupakan counter attack yang dibuat daripada syarikat IKEA sendiri. Mereka memilih untuk meniru semula atau ‘tiruception’.

Dalam keadaan rancak orang ramai termasuk IKEA membuat cubaan troll terhadap Balenciaga, syarikat ini secara tidak langsung turut menerima pemasaran percuma sekaligus bakal meningkatkan peluang untuk orang ramai mendapatkan ‘beg IKEA’ versi premium keluaran mereka ini.

Siapa sangka, dengan kekuatan jenama yang kuat, beg yang dianggap hampir tidak ada nilai ini berjaya dijual dengan nilai hampir RM10 ribu hanya dengan penggunaan material yang berkualiti serta pemasaran yang berkesan. Adakah anda yang berminat untuk mendapatkannya?

https://twitter.com/mpawlo/status/854427581915025408?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.cnn.com%2F2017%2F04%2F19%2Fstyle%2Fbalenciaga-ikea-bag-trnd%2Findex.html