Tampil dengan beg dipenuhi radio dan modem jelas membuatkan Mike Spicer atau lebih dikenali dengan nama internet beliau  d4rkm4tter menjadi tumpuan ramai sewaktu hacking convention tempoh hari.

Tidak hanya mencuri tumpuan dari segi fizikal dengan hiasa LED hijau dan biru malah ramai yang tertanya-tanya apakah inisiatif beliau menggalas beg seberat 23kg di dalam konvensyen ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semuanya terjawab setelah beliau mengatakan beg yang dinamakan #wificactus yang digalas beliau digunakan untuk mengesan berapa ramaikah penggodam yang menggunakan Wi-Fi sedia ada untuk aktiviti menggodam di kawasan tersebut.

20170731-oFVUYUB1egBRJASoAdr5 (1)

Wificactus-e1501537747130

Tambahnya lagi, Wi-Fi yang boleh diakses tanpa kata laluan antara yang menjadi pilihan para penggodam untuk membuat ‘kerja’ seperti yang diinginkan tanpa dikesan dengan mudah.

Mungkin aktiviti yang beliau lakukan bagi sesetengah pihak namun tidak baginya. Mike Spicer telah memilih untuk menyertakan 25 radio atau peranti untuk mengesan penggunaan Wi-Fi untuk disambungkan pada beg beliau. Penggunaan radio ini bakal memberikan akses buat Mike mengesan lebih 14,000 peranti secara serentak di dalam jarak 100 meter. Untuk membuatkan beg kaktus beliau lebih fancy, Mike turut meletak nenas sebagai hiasan.

20170731-kW70xB7uJ5lbRStoNcG8

Dalam pada itu, Mike Spicer enggan berkongsi dengan lebih lanjut bagaimana beliau bakal ‘memanfaatkan’ data yang diterima beliau hasil daripada aktiviti mengesan kerja para penggodam di konvensyen tersebut. Sebuah idea yang kreatif serta mencuri tumpuan ramai di dalam DEF CON 25 pada kali ini.

Sumber