Wheniwasfour, pereka kreatif dari Singapura ini sekali lagi tampil dengan idea kreatif terbaru mereka dengan menghasilkan rekaan tote beg berbentuk seperti ‘kopi bungkus’. Kalau anda sedang mencari design tote beg yang lebih unik, beg yang diinspirasi daripada kopi bungkus ini mungkin boleh menjadi pilihan.

Menariknya tote beg yang terbaru ini diperbuat daripada plastik jenis PVC telus cahaya dengan corak seakan plastik yang berisi kopi bungkus. Sekali pandang beg ini macam kopi bungkus gergasi, memang kreatif sungguh. Tambah unik, tangkai tote beg ini pun mirip seperti tali rafia. Disertakan dengan warna hijau dan merah yang boleh ditukar ganti pada bila-bila masa.

Untuk rekaan tote beg ‘kopi bungkus’ ini, ia dijual pada harga 19.90 SGD (RM62.00) seunit. Buat pengetahuan anda, Wheniwasfour sebelum ini pun sudah banyak mengeluarkan pelbagai rekaan tote beg dan produk yang unik-unik. Antaranya adalah penyepit rambut ‘coklat susu arnab’.

Nak lagi best, anda boleh pergi sendiri kedai mereka di Singapura yang terletak di Waterloo Street #02-18, 180261, berdekatan dengan stesen MRT Bugis. Kalau jalan kaki ambil masa 10 minit.

1

2

3

4

11