Jika anda membeli barangan Supreme selepas ini, jangan lupa minta sekali beg plastik ini kerana ianya mungkin bakal ‘diharamkan’ tahun hadapan.

Ianya berikutan satu usul yang dibangkitkan govenor Andrew Cuomo untuk mengharamkan penggunaan beg plastik di New York. “Setiap tahun, bilangan beg plastik yang dibuang semakin meningkat setiap tahun. Beg plastik ini juga dibuang selepas hanya sekali ianya digunakan. Secara purata, pengguna hanya menggunakan beg plastik selama 12 minit sebelum ianya dibuang,” kata Todd Kaminsky kepada CNN.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/JordanGranados/status/1112310549898018816

Langkah berkenaan diambil untuk mengelakkan bandar New York ‘ditimbuni’ longgokan plastik sekiranya satu langkah pencegahan tidak diambil. Jika usul ini diluluskan, beg plastik tidak akan diberikan lagi oleh mana-mana butik atau kedai dan penduduk perlu membawa plastik sendiri jika membeli barangan di luar.

Sebagai alternatif, beg kertas akan diperkenalkan dan sudah pun dibuat oleh beberapa retailer di New York lebih awal dan pembeli perlu membayar 5 sen untuk beg kertas berkenaan.

Jika usul ini diluluskan, beg plastik akan diharamkan pada bulan Mac 2020 dan butik seperti Supreme tidak lagi akan memberikan anda beg plastik khas untuk anda. Bila ianya dihentikan, beg plastik Supreme juga akan mempunyai harganya yang tersendiri.

Ianya bukan perkara baharu reseller menjual kembali beg plastik tetapi dengan berita terbaru ini, harga beg plastik Supreme pasti akan meningkat naik.