Baru-baru ini, Jacquemus telah tampil dengan koleksi beg tangan bersaiz mini dan pastinya rekaan beg tangan ini memiliki peminatnya tersendiri. Malah, berikutan itu, kecoh di media sosial apabila ada pengguna Facebook Afdzal Adib memuat naik status berkaitan beg tangan mini tersebut.

Jika dilihat, beg tersebut tampil dengan saiz yang kecil, boleh dikatakan hanya mampu menyimpan beberapa keping duit syiling sahaja. Malah, pada beg tersebut diletakkan huruf ‘J’ bagi menggantikan logo Jacquemus yang asal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, harga untuk koleksi beg tangan ini adalah €215 (~RM984) sahaja. Malah, koleksi beg tersebut boleh dibeli di sini, tetapi malangnya beg tersebut telah habis dijual.

Jadi, apa pendapat anda mengenai beg ini? Adakah berbaloi untuk membeli dengan harga yang murah tetapi hanya boleh dijadikan aksesori biasa dan tidak boleh menyimpan barang?