Kecoh sejak beberapa hari ini apabila tularnya gambar isteri Menteri Besar Kelantan, Siti Zabidah Abd Hamid yang menggayakan beg daripada jenama Dior bernilai RM26,000.

Gambar tersebut secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persoalan dan respon di kalangan netizen yang berpendapat isteri Menteri Besar Kelantan ini tidak sensitif dengan keadaan semasa berikutan penggayaan beg berjenama sewaktu rakyat dilanda dengan musibah banjir pada Khamis lalu.

Di sangka beg tangan berjenama tersebut merupakan beg tangan original atau asli daripada butik, anak MB Kelantan, Azma Ahmad menerusi laman Facebook menafikan dakwaan yang tular sebaliknya memaklumkan beg tangan tersebut merupakan pemberian anak-anak sewaktu hari keluarga 2022.

Bukan itu sahaja, beg tangan tersebut hanyalah berharga RM300 dan bukannya RM26,000 seperti yang tular di media sosial.

Malah Azma Ahmad turut memaklumkan ibunya lebih seelsa membeli emas daripada membeli beg tangan dengan harga puluhan ribu ringgit.

Turut dimaklumkan menerusi laman Facebook UKMB di mana rakyat tidak sepatutnya disajikan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan membunuh karakter yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepemimpinan kerajaan negeri.