Kalau anda selalu ke luar negara sama ada untuk urusan kerja atau melancong, item yang paling penting yang perlu anda bawa semestinya luggage bag anda. Kalau tak ada beg, macam mana nak isi barang keperluan anda nanti kan? Jenama beg start-up dari New York, Away menghasilkan sebuah beg suitcase yang boleh dikatakan perfect untuk frequent traveler.

Menurut Away, beg mereka diperbuat daripada material setanding dengan jenama antarabangsa yang lain. Jenama ini mengambil kisah orang ramai tentang bagaimana beg yang mereka rasakan sempurna untuk dibuat berjalan. Jadi dari kisah-kisah ini, terhasillah jenama Away di mana produk mereka adalah sesuai untuk semua kerana mempunyai cengkerang yang tahan lasak, compartment di dalam beg yang tersusun dan paling best ada buit-in USB-chargers(10,000 mAh) pada beg ini. Awesome!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya merasakan built-in USB charger ini sangat berguna dan a nice touch kerana dalam menunggu masa penerbangan, kalaulah anda terlupa bawa powerbank dan perlu mengecas gajet anda, beg ini ada untuk cas telefon anda. Tetapi sistem ini tidak mengecas sendiri jika anda menarik beg ini. Anda akan dibekalkan kabel untuk anda cas energy pack pada beg ini apabila anda sampai ke destinasi nanti.

Jika anda ke laman web rasmi Away di sini, berdasarkan review orang ramai yang telah menggunakan beg ini, rata-rata sangat berpuas hati dan tak ada yang complaint berkenaan produk Away ini. Harga setiap beg ini bermula dari USD225(RM997) hingga USD(RM1300) bergantung kepada saiz. Buat masa ini, beg ini tidak dijual di Malaysia dan anda perlu buat pembelian secara terus dari laman web Away. Selamat travel dengan lebih slamat dan pintar!