Hari ini saya akan kongsikan pengalaman kami sekeluarga tunaikan solat di Negara Matahari Terbit selama ini.

Walaupun kadang-kala saya sendiri merasa agak mencabar terutama cari tempat sesuai tunaikan solat, orang Jepun yang tak biasa melihat orang Muslim solat serta memandang kami sekeluarga solat di kawasan terbuka, persepsi orang Jepun, tiada air untuk wuduk dan lain-lain lagi la.

Namun, solat wajib ditunaikan walau di mana dan macam mana keadaan pun kita berada.

Saya sertakan gambar-gambar bagi penjelasan lanjut mengenai:

1. Keperluan asas yang perlu,

2. Tempat-tempat sesuai dirikan solat,

3. Install apps Muslim Pro untuk cari arah kiblat, waktu solat, masjid, quran.

Gambar 1

tip-solat-di-negara-asing-1

Saya tunaikan solat di bahagian tepi bangunan yang tidak menjadi laluan orang ramai. Salah satu tempat saya dan keluarga dirikan solat. Haba dari ‘aircond’ yang besar-besar tu boleh tahan kuat juga la. Hehe.

Gambar 2

tip-solat-di-negara-asing-2

Alhamdulillah. Anak saya juga tunaikan solat walaupun kadang-kadang tak mau ambil wuduk. Hehe.

Gambar 3

tip-solat-di-negara-asing-3

Jika kami sertai ‘trip’ ke kawasan bersama rakan-rakan yang lain, kami akan pilih lokasi yang terbuka untuk solat jamaah. Namun, masih di kawasan yang tidak jadi laluan orang ramai. Pelapik sentiasa digunakan untuk keselesaan dan orang Jepun suka bawa haiwan peliharaan mereka bersiar-siar.

Gambar 4

tip-solat-di-negara-asing-4

Solat di atas salji. Kena pakai lengkap la. Mau keras kejung kalau buka kasut. Haha. Masa ambil wuduk dalam ‘snow’ ni pun mencabar. Tapi di perkongsian akan datang masa ‘winter’. Solat atas sejadah/pelapik sebab muka tak cukup tebal untuk tahan sejuk salji.

Gambar 5

tip-solat-di-negara-asing-5

Tempat yang selalu kami sekeluarga tunaikan solat iaitu di bilik menyusu. Hampir semua pasaraya jepun akan sediakan bilik khas ini. Bagi lelaki, pandang-pandang juga semasa masuk kalau ada orang tengah susukan anak. Jadi kes lain pulak nanti. Kalau saya keluar bersama anak, anak jadi peneman masa solat dalam bilik ini.

Gambar 6

tip-solat-di-negara-asing-6

Bilik persalinan juga sesuai untuk tunaikan solat. Namun, bergantung kepada saiz bilik persalinan. Kebanyakan bilik persalinan perlukan kita buka kasut dan letak di luar bilik persalinan ini, so xdak masalah. Tiada siapa akan nampak kita solat.

Tempat lain yang sesuai solat juga di kawasan bawah tangga. Macam kami sekarang dah tak kisah, solat saja di kawasan mana pun sama ada terselindung daripada pandangan orang lain atau terbuka seperti bawah pokok di kawasan taman.

Gambar 7

tip-solat-di-negara-asing-7

Cadangan Apps Muslim Pro yang saya dan keluarga gunakan. Banyak panduan seperti waktu solat, cari arah kiblat, quran, tempat makanan halal dan lain-lain lagi. Sangat membantu dalam keadaan sekarang yang waktu solat semakin cepat dan siang menjadi pendek.

Gambar 8

tip-solat-di-negara-asing-8

‘Spray’ air untuk ambil wuduk. ‘Spray’ saja untuk berwuduk. Sekarang dah masuk autumn, suhu drop terlalu cepat. Malam suhu mencecah 10℃.

Nak kena air pun Ya ALLAH. Terlalu sejuk. Macam ambil wuduk dengan ais batu. Sanggup? Jadi, kaedah terbaik gunakan ‘spray’ saja.

Gambar 9

tip-solat-di-negara-asing-9

Salah satu cara lagi, bawa botol kosong/berisi air sepanjang perjalanan. Botol serbaguna ini bukan setakat boleh ambil wuduk malah boleh bersihkan diri lepas buang air besar/kecil (tandas jepun tiada paip air, semua pakai washlet yang ‘button’ dalam tulisan kanji/katakanan).

Isi saja air di mana-mana bilik air, mudah. Sinki air di Jepun tidak sesuai mengambil wuduk sebab akan basahkan ruang bilik air. Bilik air di sini tidak basah seperti di negara kita.

Gambar 10

tip-solat-di-negara-asing-10

Sejadah. Bawa sejadah jika tidak beratkan beg.

Gambar 11

tip-solat-di-negara-asing-11

Pelapik plastik serbaguna yang kami sekeluarga gunakan. Lapik untuk solat, duduk dan makan. Hanya beli di kedai 100 yen dengan saiz dan warna yang pelbagai.

Sekadar perkongsian dari kejauhan. Sayonara.
Fairuz
Sendai, Jepun

Baca lagi: Cara Menjaga Solat Sewaktu Sedang Mengembara