Billionaire ini mahu menjual semula hartanahnya berupa rumah teres yang dibeli pada tahun 2010 dengan harga US$5.3 juta. Dia ialah Michael Cannon-Brookes, pengasas bersama satu perisian startup di Australia bernama Atlassian yang baru-baru ini telah berpindah ke tempat baru.

Dengan penambahbaikan dan hiasan dalaman terkini, dijangkakan harga rumah Cannon-Brookes ini boleh mencecah US$6.5 juta walaupun ia terletak di pinggir bandar Sydney, Paddington.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mari kita lihat gaya rumah yang pernah menjadi kediaman billionaire muda ini. Pasti mengiyurkan buat peminat hiasan dalaman dan rekabentuk rumah.

Rumah ini mempunyai 5 aras yang berbeza dengan kelebaran 24 kaki dan 100 kaki panjang. Dengan keluasan itu, ia menempatkan 6 bilik tidur, 5 bilik air dan tempat letak kereta. Ia merupakan rumah teres lama yang berada di antara jalan Hargrave Street dan Hargrave Lane.

Aras 1

Aras ini merupakan tingkat bawah tanah yang mempunyai akses ke Hargrave Lane. Ia dijadikan tempat letak kereta dengan sistem lock-up garage seluas 110 meter persegi. Ia boleh memuatkan sekurang-kurangnya 4 buah kereta dalam satu masa.

Ia dilengkapi kemudahan lif, tangga, tempat simpanan, bilik komunikasi, bilik mandi, plant room dan jauh ke dalam, tempat penyimpanan wain.

Aras 2

Dari tangga aras 1, anda akan menjumpai bilik dobi di sebelah kanan anda. Jalan ke kiri, anda akan berada di antara tangga ke ruang aras 2 dan pintu ke bengkel, bilik gimnasium dan bilik simpanan.

Di sebelah tangga ke ruang aras 2, anda akan lihat taman terbuka. Ia berada di bahagian tengah rumah teres 5 aras ini. Di ruang aras 2 ini terdapat 2 bilik tidur yang menghadap ruang teres sepanjang 13.8 meter, 1 bilik mandi, dan powder room.

Ruang permainan atau pendek kata ruang untuk hu-ha, huru-hara, bising dan lain-lain berdepan dengan Hargrave Lane dan ianya bertingkap serta bersebelahan dengan ruang teres panjang tadi. Di ruang ini turut ditempatkan dapur.

Aras 3

Aras ini menjadi tumpuan utama tetamu yang datang ke rumah ini kerana disinilah pintu utama ditempatkan, akses ke Hargrave Street.

2 buah bilik menghadap jalan Hargrave dan di antaranya terdapat ruang legar pintu masuk utama.

Setelah melewati bilik air, dan antercom, anda perlu memanjat beberapa anak tangga di sebelah ruang taman terbuka. Kemudian, anda akan dapat melihat ruang makan sebelum memasuki ruang tamu.

Di ruang tamu bersaiz 6.3m panjang dan 5.2m lebar, terletak dapur terbuka yang disambungkan dengan bilik pantri di sebelah kiri anda.

Di depan ruang tamu, terletaknya teres untuk barbeque, kolam renang mini dan tempat duduk istirahat.

Dari aras 3, anda boleh nampak aras 4 yang mempunyai taman teres dan ruang duduk serta ruang belajar.

Aras 4

Melalui tangga atau lif, anda boleh ke aras 4 dengan mudah. Di aras 4 ini kelihatannya lebih privasi untuk tuan rumah. Ia menempatkan satu taman teres, ruang duduk, ruang belajar, bilik mandi, bilik mandi terbuka, walk-in wardrobe dan bilik tidur utama.

Ruang duduk di sebelah taman teres terbuka.
Ruang duduk di sebelah taman teres terbuka.
Taman terbuka yang terletak di bahagian tengah rumah teres ini.
Taman terbuka yang terletak di bahagian tengah rumah teres ini.
Ruang tidur di bilik utama.
Ruang tidur di bilik utama.
Pemandangan dari bilik tidur utama.
Pemandangan dari bilik tidur utama.
Bilik mandi terbuka yang terletak di sebelah bilik utama.
Bilik mandi terbuka yang terletak di sebelah bilik utama.

Aras 5

Ini aras paling atas dan tinggi untuk rumah teres bernilai jutaan ringgit. Dari sini, anda boleh melihat pemandangan sekitar Paddington. Ia direka dengan teres atap seluas 33.2 meter persegi berkonsepkan taman.

Gambaran keseluruhan rumah teres dari luar:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram