Aktiviti membersihkan Kaabah merupakan acara tradisi yang selau dilakukan setiap kali menjelang Ramadan. Istiadat ini dilakukan sempena mencotohi dan memperingat Rasullulah S.A.W yang membasuh Kaabah selepas berjaya menawan kembali Kota Mekah.

Kebiasaannya, perasmian membersih Kaabah ini dihadiri sendiri oleh Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman serta kerabat-kerabat raja yang lain termasuk imam, bilal, mufti dan para pembesar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca: Menjelang Ramadhan, Raja Arab Saudi Cuci Kaabah

Dalam proses pembersihan ini, bahagian dinding di dalam Kaabah akan dibersihkan dengan cara mengelap dinding menggunakan kain yang telah dicelup air Zam-Zam yang bercampur sejenis wangian aroma mawar atau oud.

Persiapan biasanya dilakukan sehari sebelum acara proses pembersihan berlangsung.

Sementara itu, bahagian lantai pula akan dibersihkan setelah para jemaah meninggalkan kawasan tersebut dengan cara menyiram air wangian mawar tersebut ke lantai dan disapukan dengan tangan kosong.

Manakala semasa proses pembersihan sedang dijalankan, kawasan luar dinding Kaabah akan ditutupi dengan kain sutera berwarna hijau. Keseluruhan proses pembersihan ini akan mengambil masa selama 2 jam untuk siap dibersihkan dengan sempurna.

Di bawah ini adalah rakaman ketika proses pembersihan Kaabah sedang dijalankan.

Sumber