Ke mana sahaja kita pergi terutamanya negara Asia Tenggara, pastinya kita akan bertemu pelancong kulit putih yang meminta derma untuk mereka menyambung perjalanan mereka ke negara lain. Mereka ini dikenali sebagai begpackers.

Pelbagai cara dibuat pelancong barat untuk mengutip derma bagi ‘menggapai impian’ untuk travel ke seluruh dunia. Ada yang bermain muzik, menjual gambar cantik yang mereka rakam sepanjang melancong dan ada yang sekadar menulis di kadbod untuk meraih ihsan daripada penduduk tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun ‘malang’ buat gadis barat ini apabila kisah begpacking beliau kini tular di Vietnam. Penduduk tempatan di sana juga sudah muak dengan karenah pelancong asing yang meminta derma untuk tujuan mereka menyambung perjalanan ke negara lain.

Tulisan pada kadbod tersebut tertulis ‘Tolong bantu saya. Saya perlukan wang untuk makanan dan tempat tinggal’. Namun, seorang gadis tempatan bernama Nam Phuong Dinh berkata beliau kecewa gadis berkenaan yang dikatakan tiada wang rupa-rupanya bukan seorang yang ‘susah’.

Beg 1
Gambar gadis yang sama di dalam sebuah butik ternama di Vietnam

Nam sempat merakam gambar gadis berkenaan yang dilihat sedang window shopping di sebuah butik ternama di negara berkenaan. Gambar tersebut kini viral di media sosial Vietnam dan penduduk di sana akan lebih ‘berhati-hati’ dalam memberi sumbangan kepada begpackers yang kian meningkat.

Sekiranya anda ke Central Market Kuala Lumpur, anda pasti akan bertemu dengan kumpulan ini yang turut akan meminta derma daripada orang awam dengan alasan yang sama. Sekiranya anda tidak mahu ditipu, berhati-hatilah dengan siapa anda mahu hulurkan sumbangan.

Ini beberapa artikel berkaitan untuk anda yang suka mengembara gaya backpackers. Klik pada pautan di bawah.

Ini Antara 8 Perkara Penting Mesti Ada Jika Anda Mahu Jadi Backpacker

Wanita Ini Kongsi Tip Dan Itinerari Lengkap Ke Perth 7 Hari Dengan Bajet RM2,000

Siapakah Backpackers: Antara Budaya Minimalisme, Konsumerisme Dan Kompleks Superioriti