Behzad Mesri yang juga dikenali sebagai Skote Vahsat telah didakwa oleh pendakwa raya US kerana telah hack HBO dan mencuri beberapa episod Game of Thrones yang belum ditayangkan. Dia kemudiannya telah mengugut untuk menyebarkan episod tersebut sekiranya tidak mendapat bayaran RM25 juta.

Mesri telah hack HBO sekitar Mei dan Ogos yang lalu dan mencuri beberapa episod siri TV termasuk Ballers, Curb Your Enthusiasm dan The Deuce. Mesri juga mencuri skrip dan ringkasan plot Game of Thrones.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Behzad Mesri seorang warga Iran bagaimanapun belum ditahan polis. Dalam kertas pertuduhan, Mesri digambarkan sebagai seorang hacker yang bekerja dengan tentera Iran yang ditugaskan untuk menyerang sistem ketenteraan, sistem nukelar dan infarstruktur Israel

Dia turut dikatakan membantu sekumpulan hackers Iran yang dikenali sebagai Turk Black Hat Security Team menceroboh laman laman web US.

Namun, wakil HBO tidak mendedahkan berapa kerugian yang dialami mereka akibat serangan siber tersebut.

Sumber