Sebelum ini semua sedia maklum bahawa lebih 3 juta penduduk di sekitar Lembah Klang terlibat dengan gangguan bekalan air berikutan dengan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Setakat ini, menurut laporan terkini daripada Jabatan Perhubungan Pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berkata status pemulihan bekalan air kepada seluruh pengguna sudah mula menunjukkan peningkatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
4-mil-consumers-in-klang-valley-to-experience-water-disruption-starting-april-24-these-are-the-affected-areas-world-of-buzz-2
Sumber: World of Buzz

Menurut Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad, kawasan Gombak sudah mencatatkan status pemulihan 100%, Kuala Lumpur 99%, Kuala Langat 97%, Petaling 96%, Klang dan Shah Alam 94%. Tambah beliau peratusan ini adalah hasil daripada jumlah keseluruhan akaun berdaftar di kawasan tersebut.

Pihaknya juga kini sedang giat berusaha untuk meningkatkan tekanan air dan menstabilkan bekalan di kawasan terbabit. Keseluruhan kawasan terjejas yang terlibat dengan gangguan air dijangka pulih selewat-lewatnya Sabtu ini.