Bekalan elektrik di pusat membeli belah terbesar di Kota Kinabalu, 1Borneo kembali beroperasi seperti sedia kala apabila bekalan elektrik di situ dipotong akibat kegagalan untuk membayar bil elektrik bernilai RM9.3 juta.

Bagaimanapun bekalan elektrik kembali disambung menjelang tengah hari apabila pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan melunaskan bayaran elektrik sebanyak RM70,000. Menurut pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), bekalan kuasa penghawa dingin di premis berkenaan ditutup sebelum premis berkenaan dibuka untuk beroperasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hanya bekalan kuasa penghawa dingin dimatikan manakala bekalan kuasa lampu masih dihidupkan atas ihsan pihak SESB. Bayaran yang dikemukakan oleh pihak pengurusan tengah hari tadi menjadikan jumlah bil tertunggak berbaki RM8.6 juta sahaja lagi.

Peniaga yang mendapat tahu mengenai isu ini ternyata terkejut kerana mereka membayar bil elektrik setiap bulan kepada pihak pengurusan.