Bunyinya mungkin agak mengejutkan, namun itulah yang berlaku di sebuah stesen minyak di Jertih, Terengganu pada semalam apabila bekalan petrol RON95 di stesen mereka dilaporkan bercampur dengan air.

Menurut Harian Metro, kejadian itu difahamkan mula disedari sekitar jam 7 pagi semalam apabila beberapa kereta yang mengisi minyak di stesen berkenaan tersadai hanya beberapa meter daripada stesen itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian malang itu menurut pengusahanya, Mohamad Rozaki Awang Teh seperti dilaporkan portal berkenaan dipercayai berlaku selepas tangki bekalan mereka dimasuki air akibat hujan lebat sejak daripada awal pagi.

Pemeriksaan mereka kemudiannya seperti dilaporkan portal Kosmo menjelaskan hanya tangki penyimpanan RON95 sahaja yang terkesan manakala tangki lain yang menyimpan RON97 dan diesel pula tidak terjejas.

“Selepas diperiksa, didapati RON 95 dari lapan nozel di empat pam minyak didapati bercampur air selepas tangki bekalan dimasuki air akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam.

“Ia kali pertama kejadian ini berlaku sejak stesen minyak ini dibuka pada 2016,” katanya kepada Harian Metro.

Susulan daripada kejadian berkenaan, 20 kenderaan dilaporkan terjejas selepas mengisi minyak di stesen berkenaan.

Pengusaha stesen minyak itu bagaimanapun menjelaskan mereka telah membayar ganti rugi semua kenderaan terjejas dan membantu untuk menunda kenderaan terlibat ke bengkel.

Beliau pada masa sama turut memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas dan menjelaskan ianya “bukan disengajakan atau mahu menganiayai pelanggan kerana kami (pihak stesen minyak) amat mengutamakan kepentingan pelanggan”.

Stesen minyak itu juga difahamkan ditutup serta merta pada semalam dan pihak kontraktok serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah hadir untuk melakukan pemeriksaan dan siasatan.

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Daripada RM18 Ke RM27 Dalam Masa Seminggu, Peningkatan Mendadak Harga Bawang Buat Netizen Terkejut

Banjir Kilat Setiap Kali Hujan Lebat, Wanita Ini Harap Pihak Berkuasa Selesaikan Masalah Dihadapi Keluarga

Cikgu Di Sarawak Tular, Sanggup Korban Masa Memandu Ke Rumah Pelajar Setiap Minggu