Tengah hari ni ada satu tempahan yang tercicir. Customer nak sambut sambutan ulang tahun hari lahir. Saya pun request menggunakan aplikasi runner.

Datanglah hamba Allah ini selaku runner yang mahu menerima tempahan saya. Junaidi namanya. Saya tanya dia “Apa benda air merah dalam botol tu?” Dia cakap, “petrol bang.”

123618711_10219029992651819_7707791355591149486_o
Sumber: Facebook Wan Luqman

“Banyaknya, maksudnya memang bawak bekal petrol?” tanya saya. “Lebih kurang la bang. Kadang-kadang runner lain mungkin perlukan petrol” jawab Junaidi.

“Ohh kiranya awak jual petrol on the go ke runner?” Tanya saya selepas masih belum berpuas hati dengan jawapan awal Junaidi.

“Taklah bang. Saya bagi atau sedekah sahaja bang. Mana-mana runner tersadai tepi jalan sebabkan petrol habis, saya akan tolong tuang petrol.” Ulas Junaidi.

“Kenapa tak jual?” tanya saya. “Tak saya bagi free sahaja. Sebab dulu saya pun pernah kena petrol habis dan ada orang tolong saya bagi petrol. Jadi saya nak balas balik nak buat macam ni kat orang lain balik” jawab Junaidi.

“Masyaallah. Saya doakan semoga Allah berkati dan curah rahmat ke atas diri awak dan pekerjaan awak. Perbuatan mulia ni, Allah dan Rasul cukup suka orang macam ni” jawab saya selepas kagum dengan jawapan balas Junaidi.

123723934_10219029992211808_3052778179457699432_o
Sumber: Facebook Wan Luqman

Tengok petrol tu warna merah, warna merah tu RON97 ye kawan². Minyak mahal tau.

Sebarkan kebaikan supaya orang lain terikut untuk melakukan kebaikan. Tak rugi buat benda baik, Allah dan Rasul sayang dekat kita. Bila Allah sayang kita, dia akan panggil malaikat Jibril alaihissalam dan beritahu aku suka kepada hambaku ini dan engkau mesti suka kepada dia. Lalu malaikat Jibril maklum kepada malaikat-malaikat lain dan beritahu Allah dan Jibril suka kepada seseorang ini, maka anda semua kena suka kepada manusia ni.

Tak rugi jadi orang baik. Jangan risau dan susah hati bila kebaikan kita tidak dibalas, Allah balas. Bila Allah balas, jauh lebih baik daripada balasan manusia.

Ikuti juga perkongsian wanita ini yang dilayan bagai ‘bos’ oleh pemandu BMW sewa yang sekaligus mengingatkan ramai mengenai erti bekerja dengan ikhlas.

Dilayan Bagai ‘Bos’ Oleh Pemandu BMW Sewa, Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas

‘Baru Nak Bina Kehidupan Tetapi Ombak Melanda’- Pekerja Lapangan Terbang Kongsi Kesulitan Akibat Pandemik