Ramai anak muda yang meminati kumpulan K-Pop dan ada daripada mereka yang teringin untuk menjadi bintang seperti mereka.

Akan tetapi, kehidupan untuk menjadi seorang bintang K-Pop tidaklah indah seperti dalam kaca TV. Hal ini didedahkan oleh Tasha Low yang merupakan bekas penyanyi dalam kumpulan SKarf.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi satu video temubual, Tasha mengatakan bahawa pada mulanya anda akan dilayan dengan baik tetapi kemudian anda tidak boleh menggunakan telefon pintar untuk berhubung dengan orang luar.

Menurutnya, beliau hanya dibenarkan berhubung dengan keluarga pada setiap hari Ahad menggunakan telefon syarikat hanya selama 5 minit sahaja. Malah, hidup beliau ketika itu dikongkong oleh agensi dan rutin hariannya hanyalah berlatih serta bersaing dengan pelatih-pelatih lain.

Untuk pengetahuan anda, Tasha Low memulakan langkah sebagai ketua kumpulan SKarf 7 tahun lepas pada tahun 2011. Kumpulan SKarf telah dibubarkan pada tahun 2013 kerana kekurangan dana.

Siapa sangka bahawa untuk menjadi seorang bintang K-Pop anda perlu merasai pengalaman seperti itu. Adakah anda ingin menjadi seorang bintang K-Pop?

Pasti anda tahu akan beberapa kes bunuh diri dalam kalangan artis K-pop. Tahukah anda ‘dark side’ industri K-pop? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Dark Side’ Industri K-Pop Dan Kerangkanya Yang Rosak

Persamaan Sultan Uthmaniyyah, Vladimir Putin Dan K-Pop Big Bang Yang Patut Dicontohi

5 Masakan Ini Menjadi Kegemaran Setiap Artis Korea. Peminat K-Pop, Sila Baca

Sumber