Isu kebajikan artis Korea yang tidak dijaga apabila berada di bawah naungan sesebuah agensi bukan lagi isu yang baharu dalam industri hiburan dunia dan ia sering saja dikongsikan sebelum ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Malah ada di antara agensi ini bukan sahaja mengabaikan kebajikan namun sanggup memperdaya artis di bawah naungan mereka demi mengaut keuntungan yang dihasilkan artis tersebut.

Perkara tersebut baru-baru ini telah didedahkan oleh salah seorang ahli bagi kumpulan yang agak terkenal pada suatu ketika dahulu, MBLAQ iaitu G.O sewaktu mengacara rancangan beliau di Afreeca TV.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Menurut laporan yang diterbitkan Koreaboo, perkongsian tersebut adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau sendiri di mana beliau menjelaskan mengenai situasi yang sering dihadapi oleh artis Korea.

G.O turut mendakwa bahawa rata-rata artis Korea sering diperdaya oleh agensi hiburan mereka terutama sekali jika sesebuah kumpulan atau artis tersebut baharu sahaja menceburi industri hiburan.

Lebih mengejutkan apabila agensi tersebut tidak akan memberitahu jumlah sebenar yang patut diterima artis tersebut serta sering berbohong kepada artis di bawah naungan mereka.

“Artis baharu lebih banyak diperdaya oleh agensi mereka kerana rata-rata daripada mereka tidak mengetahui bagaimana semuanya berfungsi, jadi mereka adalah sasaran yang mudah bagi agensi tersebut.

“Bagi artis yang sudah lama berada di industri hiburan serta yang lebih terkenal, mereka tidak mudah untuk mempercayai tipu helah sesetengah agensi,” tambah beliau.

USD300 untuk sebulan

unnamed
Koreaboo

Beliau turut menjelaskan bahawa kerjaya dalam menceburi industri hiburan adalah sangat tidak stabil. Demikian kerana kumpulan terkenal yang pada mulanya hasilkan USD20,000 terpaksa dibahagi secara sama rata kepada setiap ahli. Ada di antara mereka yang mendapat hasil kira-kira USD300 sahaja untuk sebulan.

“Jika saya sebut sahaja mengenai sesebuah kumpulan ini pasti ramai yang mengenalinya, jadi kumpulan tersebut telah menghasilkan USD20,000 untuk setahun.

“Tidak cukup dengan itu hasil tersebut terpaksa dibahagi sama rata kepada ahli-ahli yang lain, bermaksud seorang akan memperoleh USD3,000 hingga USD4,000 untuk setahun. Ini bermakna dalam sebulan mereka hanya memperoleh USD300,” jelas beliau di dalam video berkenaan.

Pihak agensi akan memperdaya artis tersebut dengan membuatkan mereka percaya bahawa mereka dibayar dengan bayaran yang agak rendah daripada yang diterima oleh agensi tersebut.

Difahamkan kebanyakan artis baharu tidak berani untuk melihat perincian kontrak kerana mereka berpendapat bahawa jika mereka berbuat demikian, mereka tidak dapat meneruskan kerjaya mereka di industri hiburan.

“Sebagai contoh, jika sesebuah agensi telah menetapkan USD10,000 untuk sebuah persembahan, mereka akan memberitahu artis di bawah naungan mereka bahawa mereka hanya mendapat USD5,000. Bagi yang selebihnya, pihak agensi akan menyimpan wang tersebut,” kata beliau.

Lebih senang ditipu

mblaq
SBS

Menurut G.O, artis baharu lebih cenderung untuk ditipu kerana mereka merupakan sasaran yang mudah bagi agensi hiburan untuk melakukan tipu helah.

“Jika sesebuah agensi terima permintaan untuk menjemput seorang artis terkenal untuk membuat persembahan dan akan dibayar sebanyak USD30,000, permintaan tersebut akan ditolak.

“Pihak tersebut akan mencadangkan artis baharu tetapi dibayar dengan kadar separuh dari bayaran yang asal,” tambah beliau menerusi video tersebut.

Setelah artis baharu selesai membuat persembahan, pihak agensi tersebut akan meyakinkan artis baharu itu bahawa mereka tidak menerima apa-apa bayaran untuk persembahan tersebut kerana mereka dihantar sekadar untuk tujuan promosi sahaja.

Menurut G.O, perkongsian beliau merupakan kisah benar yang telah terjadi kepada diri beliau sewaktu bekerja. Beliau dipercayai telah ditipu oleh bukan hanya satu agensi hiburan malah dua namun kedua-dua agensi tersebut dikatakan telah ditutup kerana terdapat isu masalah kewangan.

Menurut sumber, walaupun begitu video yang memaparkan G.O menjelaskan perkara tersebut telah dipadamkan oleh pihak yang bertanggungjawab atas sebab-sebab yang tertentu.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai YG Entertainment yang dikatakan menjaga kebajikan idol, kenyataan ini cetus perdebatan di kalangan netizen, pada pautan di bawah.

Peminat Kurang Senang Dengan Cara YG Entertaiment ‘Jaga’ Kebajikan Artis K-Pop

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak

Lisa Blackpink Rugi RM3.5 Juta Selepas Ditipu Oleh Pengurusnya