Sejak mula dibincangkan, topik 1Malaysia Development Bhd atau singkatannya 1MDB sentiasa menjadi topik hangat dalam landskap politik dan ekonomi Malaysia. Pelbagai spekulasi dan skandal telah dibincangkan melibatkan beberapa individu yang terlibat.

Terbaharu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selaku bekas CEO 1MDB telah mengakui dan mengumumkan beliau pernah menerima gaji sebesar RM99,000 sebulan sebelum memilih untuk meletak jawatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laporan yang dikongsikan, beliau mula menerima gaji sebesar RM80,000 pada tahun 2009 sewaktu dilantik sebagai mengurus Terengganu Investment Authority Bhd (TIA).

11BA5964-4125-4CE4-92DF-540A44445AF3
Sumber: thestar online

Selain itu, beliau juga turut menerima peningkatan gaji setiap tahun berdasarkan KPI yang ditetapkan. Tidak hanya menerima gaji yang besar, beliau juga turut menerima elaun sebanyak RM179,000 sebagai lembaga pengarah 1MDB.

Mengulas mengenai adakah Datuk Seri Najib Razak terlibat, beliau turut mengongsikan dimana mantan Perdana Menteri Malaysia ini pernah menelefon beliau untuk bertanyakan mengenai projek yang diusahakan oleh Yayasan 1MDB. Selain itu, beliau turut menerima panggilan daripada individu bernama Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low.

1000x-1
Sumber: Bloomberg

Lebih mengejutkan, beliau turut mengesahkan penerimaan bonus sebanyak 18 bulan berjumlah RM1.44 juta tidak beberapa lama selepas panggilan bersama Jho Low. Melihat kepada jumlah transaksi syarikat ini yang melampau, beliau memilih untuk meletak jawatan.

Setakat ini, Datuk Seri Najib Razak masih lagi dibicarakan di mahkamah dengan 25 tuduhan melibatkan nilai RM2.3 bilion serta 21 tuduhan melibatkan penggubahan wang haram. Perbicaraan kes 1MDB bakal diteruskan mahkamah tinggi isnin depan bertarikh 7 Oktober ini.

Kami kongsikan kepada anda beberapa artikel lain berkaitan 1MDB. Klik pauntan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Isu Skandal 1MDB Bakal Dimasukkan Dalam Sukatan Pelajaran Sejarah

Asri Hamidon Sah Pengerusi Baharu 1MDB

Hutang 1MDB Berkemungkinan Mencecah RM34.6 Bilion

Sumber