Sejak mula kes 1Malaysia Development Berhad dibicarakan di mahkamah, nampaknya lebih banyak info dan rahsia didedahkan kepada umum.

Jika sebelum ini bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengakui pernah menerima gaji RM99,000 sebulan dan bonus RM1.44 juta, terbaharu difahamkan pemindahan wang ke akaun Jho Low sebanyak $700,000 (~RM2.93 bilion) mulai diketahui beliau pada tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
11BA5964-4125-4CE4-92DF-540A44445AF3
Sumber: The Star

Semuanya bermula apabila beliau didedahkan dengan bukti dokumen pemindahan wang kepada Good Star iaitu syarikat dibawah kendalian Jho Low pada 2018. Selain itu, beliau turut mengakui tidak mengenali individu-individu yang terlibat dalam syarikat Good Star iaitu Jho Low dan Seet Li Lin.

Menurut beliau, sekiranya beliau mengetahui mengenai kes pemindahan wang ini sudah pastinya beliau memilih untuk meletak jawatan dengan lebih awal iaitu pada 2009. Dalam pada itu, beliau masih optimis 1MDB merupakan saluran strategik buat Dato’ Seri Najib Razak manakala beliau sedia untuk berkhidmat dengan baik sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.

najib 1mdb
Sumber: The Star

Untuk pengetahuan, Dato’ Seri Najib Razak telah dibicarakan atas 25 pertuduhan pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB yang didakwa dimasukakn ke akaun AmBank beliau bermula Februari 2011 sehingga Disember 2014.

Setakat ini kes ini masih lagi dibacarakan di mahkamah. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya mengenai kes ini. Kami kongsikan kepada beberapa isu melibatkan 1MDB yang berlaku sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bekas CEO 1MDB Mengaku Terima Gaji RM99,000 Sebulan Dan Bonus RM1.44 juta

Isu Skandal 1MDB Bakal Dimasukkan Dalam Sukatan Pelajaran Sejarah

Asri Hamidon Sah Pengerusi Baharu 1MDB