Kes skandal 1Malaysia Development Berhad masih lagi dibicarakan di mahkamah dan banyak maklumat yang mula didedahkan kepada umum.

Terbaharu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang merupakan bekas Ketua Eksekutif 1MDB mendedahkan dokumen dimana Tareq Obaid telah pergunakan dana 1MDB yang dipinjamkan kepada syarikatnya, PetroSaudi International LtD (PSI).

Shahrol1MDB20191008MSYM0006
Sumber: The Star

Dokumen tersebut agak mengejutkan ramai pihak apabila sebanyak $17,000 (~RM70,000) telah dibelanjakan untuk membayar kopi berjenama Starbucks. Untuk pengetahuan anda, pendedahan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pihak pendakwaan dan pembelaan ketika mereka sedang meneliti dokumen ‘jejak duit’ 1MDB yang di pinjamkan kepada PSI.

Sebelum ini, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi telah mengaku menerima gaji RM99,000 sebulan dan bonus sebanyak RM1.44 juta dan juga mendedahkan bahawa beliau hanya ketahui pada tahun lepas bahawa wang sebanyak $700,000 (~RM2.93 bilion) telah dipindahkan ke akaun Jho Low.

Setakat ini, kes ini masih lagi dibicarakan di mahkamah dan pastinya orang ramai masih mengikuti kes ini kerana ia melibatkan ramai pihak. Di bawah ini kami kongsikan beberapa artikel berkaitan 1MDB.

Bekas CEO 1MDB Tidak Tahu Jho Low Terima Wang RM2.93 Bilion Sehingga Tahun Lalu

Bekas CEO 1MDB Mengaku Terima Gaji RM99,000 Sebulan Dan Bonus RM1.44 juta