Sejak mula dipecat beberapa 9 bulan yang lalu, pelbagai kontroversi yang sering terpalit buat Travis Kalanick serta bekas syarikatnya iaitu Uber. Pada minggu ini, Kalanick nampaknya telah bersedia untuk kembali dalam dunia korporat dengan menyertai syarikat Kareo Inc.

Untuk pengetahuan anda, Kareo Inc merupakan sebuah startup yang memfokuskan kepada teknologi perisian di dalam bidang kesihatan. Setakat ini syarikat ini telahpun menerima dana daripada para pelabur sebanyak $125 juta serta dalam usaha untuk menambahkan jumlah dana yang diterima.

rts17ynw-e1498164341200

Dalam pada itu, difahamkan Kalanick masih lagi merupakan ahli lembaga pengarah di dalam Uber meskipun dipecat sebagai CEO. Beliau merupakan individu yang memberi kepercayaan kepada Dara Khosrowshahi untuk meneruskan sebagai individu terbaru untuk meneraju Uber sebagai CEO.

Kehadiran Kalanick di dalam Kareo Inc ini bukan sahaja mampu memberi hala tuju yang terbaik buat syarikat, malah berdasarkan rekodnya bersama Uber kemungkinan besar ramai para pelabur yang masih meletak harapan terhadap Kalanick bakal mula melabur di dalam syarikat ini. Begitulah impak sesebuah individu korporat di dalam sebuah syarikat startup.

Baca lagi: Travis Kalanick Akhirnya Undur Diri Sebagai CEO Uber Selepas Didesak Para Pelabur

Sumber