Seorang bekas ejen FBI, Ali Soufan mendedahkan bahawa perisikan Amerika Syarikat (AS) berjaya menggagalkan misi serangan besar-besaran al-Qaeda ke sebuah kelab tarian Israel pada tahun 2002 atau selepas serangan 11 September 2001 ke AS, lapor media antarabangsa. Dia yang ditugaskan untuk mengorek rahsia al-Qaeda untuk FBI sebelum dan selepas serangan 9/11 menambah bahawa maklumat itu diperoleh semasa soal siasat dengan seorang lelaki Palestin yang ditahan di Afghanistan.

Soufan telah dikenali oleh negara-negara luar sebagai pakar dalam pelbagai isu antarabangsa sejak dia mengundurkan diri sebagai ejen khas FBI pada 2005. Dia juga sering mengkritik secara terbuka rakan-rakannya yang bertugas di CIA atas rahsia perisikan yang membongkarkan penyiksaan tahanan di Penjara Teluk Guantanamo, Cuba.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengenai rancangan serangan al-Qaeda ke atas Israel, Soufan mengatakan bahawa lelaki Palestin yang bertanggungjawab membongkarkan rancangan tersebut adalah Zayn al-Abidin Muhammad Husain, juga dikenali sebagai Abu Zubaydah, lapor Forward. Dia ditahan oleh CIA kerana disyaki berperang untuk al-Qaeda. Rancangan untuk menyerang Israel itu dikatakan telah disusun dengan baik dan pendedahan Abu Zubaydah telah mengakibatkan penangkapan secara besar-besaran mereka yang terlibat.

Soufan yang kini menerbitkan sebuah buku mendakwa bahawa al-Qaeda menganggarkan bahawa sekitar 200 orang akan terbunuh dalam serangan kelab malam di Israel. Bekas ejen itu juga dikatakan sudah berusaha keras untuk memasukkan pengalaman beliau semasa membuat kerja-kerja untuk FBI di dalam buku tersebut, tetapi dihalang oleh Unit Keselamatan Maklumat CIA.

Menurut laporan media, ini adalah cubaan serangan terbesar dari kumpulan pengganas al-Qaeda  ke atas Israel selepas misi Richard Reid, yang dikenali sebagai “Shoe Bomber” pada bulan Jun 2001. Reid cuba meledakkan bom yang ditanam di kasutnya ketika menaiki syarikat penerbangan Amerika Syarikat. Namun tindakannya itu diketahui dan dia telah ditahan serta dijatuhkam hukuman di atas lapan tuduhan pengganas.

Untuk rekod, Abu Zubaydah kini ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba, bersama dengan suspek pengganas yang lain. Menurut dokumen yang diterbitkan sebelum ini, penyiksaan telah digunakan terhadapnya tetapi tiada dakwaan yang dilakukan keatasnya.

Wujud cubaan dari Israel untuk berbaik-baik dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei. Niat Israel untuk membuka hubungan dua hala dengan negara Islam di Asia Tenggara tidak lain adalah untuk membetulkan salah faham berhubung konflik Israel-Palestin. Benarkah? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dalam Diam Israel Sebenarnya Ada Hati Pada Malaysia, Pasang Niat Mahu Jalin Hubungan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Unit 8200, Agensi Risikan Siber Israel

Ini Sebab Kenapa Negara-Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel