Bekas bintang rock tanah air, Akel Zainal terbunuh dalam satu serangan udara oleh pihak tentera Rusia di Syria pada awal tahun ini.

Akel Zainal atau nama sebenarnya Wan mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 40 tahun dipercayai dibunuh pada Januari atau Mac tahun ini, lapor Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Selain daripada itu, turut sama menjadi korban adalah isteri dan anaknya.

Laporan berita melaporkan bahawa rumah yang diduduki oleh Akel dan keluarganya dibedil oleh tentera pasukan gabungan dan mengorbankan isteri dan anaknya yang berumur tiga tahun.

Selain daripada Akel, Harian Metro turut melaporkan seorang lagi militan dari Malaysia, Mohd Rafi Udin, 53, maut dalam serangan udara tersebut.

Akel, terkenal di Malaysia pada tahun 1990-an sebagai pemain gitar kumpulan Ukays. Beliau meninggalkan Malaysia pada 2014 untuk menyertai Daish di Syria.

Kedua-dua mereka bertindak sebagai penyebar propaganda untuk Daish selepas Muhammad Wanndy Mohamad Jedi, seorang perunding Daish terbunuh dalam serangan drone di Syria pada April 2017.

Berikut adalah cerita lain mengenai artis Malaysia yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah.

Ratu Rock Ella Kini Pengusaha Ladang Cili Seluas 1.2 Hektar

Joey BPR Kongsi Pengalaman Pernah Bergelar Arkitek Sebelum Jadi Penyanyi Rock

Anda Mungkin Suka