Bekas juara remaja dunia Zulfadli Zulkifli dan pemain profesional Tan Chun Seang hari ini, telah mula digantung daripada menyertai sebarang kejohanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati bersalah terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjatuhi hukuman tersebut bermula 12 Januari 2018, selepas kedua-dua pemain berkenaan didapati terlibat dengan aktiviti mengatur perlawanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: sports247

Badan induk dunia sukan badminton juga telah memutuskan Zulfadli yang berumur 25 tahun digantung selama 20 tahun dengan denda RM98,000 sementara Chun Seang yang berumur 25 tahun, berdepan penggantungan 15 tahun dengan denda RM58,900.

Ini merupakan hari yang malap untuk skuad badminton Malaysia yang semakin kurang pelapis muda dan kerana hukuman ini menyebabkan karier mereka terpaksa bersara awal.

Sumber