Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bila sebut kereta elektrik, automatik kita akan teringat jenama Tesla berbanding jenama-jenama yang lain. Punyalah hebat Elon Musk berjaya naikkan branding jenama Tesla sampai begitu sekali.

Baru-baru ini Peter Rawlinson, Ketua Eksekutif Eksekutif Lucid Motors yang merupakan bekas jurutera untuk Tesla telah mendakwa kereta model Lucid Air akan memecah pasaran kereta elektrik dengan cara yang sama seperti Tesla Model S.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

“Tidak ada yang percaya saya ketika saya bangunkan Model S dulu. Kini saya berhadapan dengan perkara yang sama semasa membangunkan Lucid Air. Tidak ada yang mempercayainya,” kata Peter Rawlinson.

Sumber Gambar: Lucid Motors

vocket-bekas-jurutera-tesla-lucid-motors-5

Sumber Gambar: Instagram Lucid Motors

Model terbaru Lucid Air yang dikenali sebagai ‘Dream’, mampu bergerak sejauh 832km dengan sekali pengecasan pantas dan dapat memecut dari 0-96km/j dalam masa kurang dari dua saat.

Peter Rawlinson dan Elon Musk berkongsi pasaran kelas pertengahan yang sama. Dia berharap dapat menjual beratus-ratus ribu buah kereta elektrik kelas pertengahan USD40,000 (RM161,620) dan pasaran EV berjumlah USD25,000 (RM101,012) melalui pembuat kenderaan lain pada pertengahan dekad ini.

Menurutnya, idea menjadikan ‘kereta mahal untuk orang kaya’ adalah satu salah faham. Dia merancang mahu membuat satu juta kereta setiap tahun dan mahu syarikat Lucid Motors mempunyai ‘profound effect’.

vocket-bekas-jurutera-tesla-lucid-motors-3

Sumber Gambar: Motor Trend

vocket-bekas-jurutera-tesla-lucid-motors-4

Sumber Gambar: Instagram Lucid Motors

Peter Rawlinson dan Elon Musk juga memiliki pendekatan yang berbeza ketika memasarkan kenderaan mereka. Menurut Peter Rawlinson, dia tidak mahu mendapat perhatian yang sama seperti Elon Musk.

“Saya bukan seorang autokrat. Lucid Motors adalah usaha berpasukan. Itu adalah perbezaan besar. Saya tidak mengharapkan sesiapa yang membeli kereta Lucid Motors tahu siapa Peter Rawlinson,” katanya.

Peter Rawlinson meninggalkan Tesla pada tahun 2012 untuk menjaga ibunya yang sakit di England, selepas setahun kemudian dia kembali bekerja sebagai CTO di sebuah startup di Silicon Valley. Pada 2019, dia telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lucid Motors dan kini syarikat tersebut bernilai lebih USD24 billion (RM96 billion).

Baca lagi artikel-artikel berkaitan Tesla yang pernah kami kongsikan sebelum ini.

Tesla Mahu Bangunkan ‘Power Bank’ 100MW Gergasi Di Indonesia

Teknologi Tesla Didakwa Mampu ‘Mengesan’ Hantu Semasa Memandu?

 

 

Anda Mungkin Suka